Monday, June 17, 2013

♥♥♥ MENANGISLAH..ALLAH ADA ♥♥♥


Assalamualaikum dan Salam Saa'ban buat semua sahabat....

Sedar tak sedar kita dah berada pada hari ke-8 dalam bulan Saa'ban kan..Terbuktilah bahawa kita memang tak boleh mengejar masa tu kerana ia berlalu tanpa menunggu kita. Sekali kita leka, kita tak tau sejauh mana kita ditinggalkannya... (walaupun kita ni jagoh jumba lari sekalipun tau..hehe)..

Aini ambil kesemapatan menulis pagi ini kerana aini diberikan kelapangan oleh-Nya..Semenangnya aini ada kelas pagi ini sedari pukul 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi dan akan diikuti pada pukul 10.30 sehingga 12.30 pagi..Tapi faham-faham la akhir-akhir sem macam ni kan..(ha, jangan fikir aini ponteng kelas pulak tau...ada yang dah fikir macam tu ke?:)..cepat-cepat bersihkan hati..hehe.)Sudah pun aini attend kelas tadi tapi disebabkan kami sudah habis syllibus untuk dicover pada sem ni, lecturer izinkan aini dan semua sahabat-sahabat yang lain keluar awal dari kelas...Dan, aini pula diajak oleh sahabat ke lab comp kerana dia mahu menyiapkan tugasannya..Dan aini pula????hehe..(melagha je)...Insya-Allah untuk kebaikan..:)

Ok2...panjangnya aini berceloteh yang apa-apa je..Dan sekarang aini nak masuk ke topik sebenar yang mahu aini bicarakan pada pagi yang indah ini...Sebelum aini meneruskannya, muhasabah sejenak wahai hati ini, agar tiada niat yang akan mendatangkan dosa bagimu dalam penulisan ini..(^-^)....

Berbalik pada gambar yang aini sertakan di atas tu...(bukan saja-saja tau gambar tu!).Aini sering kali terbaca di laman sesawang "facebook" yang mana rakan dan sahabat-sahabat kita cuba menyampaikan perasaan duka mereka..Tak salah sahabat, kerana kita ada hak untuk berbuat demikian..Tapi jangan pernah kita lupa tempat pergantungan yang Satu iaitu Allah...Kita update status beratus-ratus kali sehari pun xpe, tapi jangan pernah kita lupa untuk mengadu dengan Allah..Sesungguhnya, Allah lah yang memberi ujian itu dan hanya Dia sahajalah yang membuka jalan untuk kita menyelesaikannya..Insya-Allah..

Berduka tu tak salah sahabat, tapi berpada..menangis tu tak salah sahabat, tapi juga perlu berpada. Selidik dulu apa punca masalah tersebut kerana amat rugilah kita sekiranya meratapi sesuatu yang tidak mendatngkan sebarang faedah untuk diri dan agama kita...Walau apa jua ujian atau dugaan yang kita terima, pujuk la hati kita....

"Duhai hati, Allah sentiasa dengan kita sayang.Allah tak pernah kan bebankan kita sayang. Ini tanda Allah sayang kita, Allah ingat kita..Allah nak kita balik berbicara dengan-Nya..."

Sabahat, kita cuba aplikasikan cara ini ye...Aini pun baru je mengetahuinya daripada ceramah yang aini ikut pada minggu lepas..Tika mana kita rasa tiada siapa mahu bercakap dengan kita atau tiada siapa yang mahu mendengar percakan kita, berbaliklah pada Allah...(Bgaimana kita nak bercakap dengan Allah aini? Bagaimana kita nak orang dengar apa yang kita cakap aini?)...Ye, memang Allah lah tempat kembali Yang Teragung. 

1. Kita boleh bercakap dengan Allah..Dengan solat...Sememangnya ketika solat, di situlah terjalinnya hubungan kita dengan Allah..Hanya kita dengan Dia..Jadi mengadulah apa juga masalah kita, mengangislah sehingga teresak sekalipun..Allah dengar apa yang kita adukan, apa yang kita bicarakan, apa yang kita minta dan pohon...Yang penting kita perlu yakin...

2. Kita boleh dengar Allah berbicara dengan kita...(Macam mana?) Dengan membaca Al-Quran..Dengan memahaminya, Insya-Allah, kita akan tenang untuk menerima segala nasihat Allah kepada semua ummat manusia..Kita pun termasuk samalah kan..hehe..Banyak yang Allah borakkan  dengan kita, kita je yang nak tak nak dengar apa yang Allah sampaikan...

Insya-Allah sahabat, Allah tak akan menduga kita diluar kemampuan kita yang azali...

Insya-Allah, aini menulis entry kali ini juga buat diri aini sendiri..Ingat-mengingati sesama kita adalah amalan terpuji sahabat!!! Jangan dilihat siapa yang menyampaikannya...tapi lihatlah apa yang disampaikannya..Semoga bermanfaat..



♥♥♥ Sesunggugnya Aku Ingin Jadi Bidadari Syurga Mu ♥♥♥
 



Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH