Friday, March 11, 2011

SEDIHNYA PABILA APA YANG DIRANCANG PUNAH BEGITU SAJA


Hanya tuhan saja yang tahu,
perasaanku.....

Sebaris lirik yang jelas menggambarkan hati dan perasaan aini buat tika ini.
Kenapa??? Kerna terlalu banyak cubaan dan dugaan yang telah aini lalui untuk mengikuti Gathering Halaqah.Net yang telah lama aini nanti-nantikan. Mungkin belum rezeki aini turut sama dalam aktiviti tersebut.

Mungkin ada juga insan di luar sana yang tertanya-tanya apa itu Halaqah.Net. Dengan berbesar hati aini mahu memperkenalkan kepada kalian satu laman sosial islam yang menghimpunkan lebih 10,000 ahli dan dalam masa yang sama membincangkan perihal agama secara langsung. Sesi soal jawab di sediakan buat sesiapa sahaja yang mahu bertanya tentang sebarang kemusykilan yang terlintas di fikiran. 

Di sana juga, terhimpunnya beberapa ustaz yang bertauliah yang mampu menjawab soalan yang ditanyakan tanpa ragu dan was-was. Untuk pengetahuan kalian juga, terdapat beberapa aktiviti yang telah di anjurkan oleh pihak pengurusan Halaqah.net untuk memperkenalkan laman sosial islam ini ke merata dunia. Antaranya adalah program Gathering Halaqah ini.

Sepanjang program ini berlangsung, para halaqian berpeluang untuk bersua muka dengan pihak moderator, pengurusan dan tidak dilupakan lupa semua ahli baru dan lama. Sudah seperti satu keluarga besar yang berhimpun buat mengiratkan lagi hubungan silaturrahim antara umat islam sejagat. 

Satu program yang amat bermanfaat buat kita yang dahagakan ilmu allah. Mungkin di luar sana kita merasakan diri ini terlalu jahil daripada ilmu allah tapi sekiranya pintu hati kita di temukan dengan laman sosial ini, Insya-allah segala perasaan yang sedemikian kian terhakis dek kerana tiada langsung jurang yang tercipa antara kita yang jahil dengan yang berilmua. Layanan yang di berikan sama sahaja. Persoalan di jawab sehingga tiada lagi keraguan yang bermain-main di kotak fikiran kita. 

Ya allah, semoga hati kami di himpunkan dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang menerima hidayah buat selamanya. amin...

Mai kita beramai-ramai jenguk ke laman tersebuat. Kehadiran kalian amat dialu-alukan oleh semua yang di sana. Aini sertakan linknya ea : .::*~Halaqah~*::. Forum Komuniti Muslim & Muslimah

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH