Assalamualaikum..selamat malam semua. Tengok pada gambar yang aini kongsikan di atas, menunjukkan perasaan aini hari dan saat ni. Syukur kepada Illahi dengan kurnian-Nya yang tidak terhitung selama ni. Aini baru je lepas jawab test malam. Subjek "extension" yang memerlukan pemahaman dan ingatan yang kuat. Adat la hidup sebagai student memang tidak lepas daripada menduduki peperiksaan dan ujian. Jadi, inilah yang aini lalui selama ini dan aini yakin kalian juga pernah melaluinya. hehe.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan selepas ni aini kena fokus satu lagi test yang akan aini duduki pada malam khamis ni pula. Subjek apa pula ea? hehe " human resource". Juga satu lagi subjek yang memerlukan pemahaman yang tinggi dan daya ingatan yang kuat. Doakan kemudahan buat aini ye teman-teman.
Mai kita jadi seperti kartun dalam gambar ni. Sentiasa tersenyum dikala orang-orang lain berduka. Semoga kita bisa menjadi penawar bagi insan lain yang memerlukannya. Insya-allah. Semoga bertemu di lain kesempatan ye.. Selamat malam..
No comments:
Post a Comment