Assalamualaikum dan selamat malam sahabat sekalian, aini ingin berkongsi article ini yang aini petik daripada laman i luv islam. semoga ia amat-amat memberi kita pegajaran yang berguna. Aini rasa besar sungguh nilai seorang wanita itu sekiranya kita mampu menjaga diri kita seumpama ini. Hati ini tidak mampu jika ia tidak di didik dan di latih. Ya allah, kuatkan hati ini dan jangan pernah Kau ambil dariku nikmat dan hidayah pinjaman-Mu ini.....
SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL
Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia
moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..
Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku
perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam
cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.
Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian.
Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.
Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat..
Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia!
Kebenaran pasti tertegak!
Hasbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.
Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.
Tatkala perempuan
lain megah memaparkan gambar di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah
menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan
bernama wanita.
Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu.
Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku.
Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.
Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga
mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan
auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong.
Tidak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya.
Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli
sedangkan Dia adalah Pencipta?
Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan
lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang
hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan
harapan kepadaku kerana rupa.
Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu
mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak
tahu alasan apa yang harus ku utarakan saat Dia bertanya kelak.
Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan
bergaduh, aku terasa begitu hina! Seolah-olah aku hanyalah barang yang bisa
dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah
dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat
dia.
Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada
mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam
sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia,
takdirku kelak.
Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di
belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang
dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu 'anhu, "Aku lebih rela berjalan di
belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar
dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya
kepada pergaulan yang tiada batasan syarak.
Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin
rosak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi perempuan
yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan
tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha. Ini baru
aku.
Tatkala perempuan
lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama
yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku
sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian
mendedahkan aurat.
Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan
bila mahu bertemu pacarnya.Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng
motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang
mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!
Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi
dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak
begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak
pasti.
Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang
menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan
kudis yang semakin membusuk pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang
mementingkan diri sendiri.
Tatkala perempuan
lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.
Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan
membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk
akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu.
Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu.
Menggali ilmu Fardu Ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi
seorang wanita yang beramal dengan ilmunya.
Mencontohi Saidatina Aisyah a.s yang cukup cerdas dan cerdik
dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan
berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.
Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah
bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan
terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka.
Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan 'dia'
telah ditakdirkan buatku. Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan
ilmunya. Dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin
dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan
khauf, takutkan Allah.
Tatkala perempuan
lain ada yang materialistik terhadap wang. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.
Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala.
Mahu akaun akhirat kaya dengan amal soleh. Setiap detik bagiku amat berharga
untuk aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. Kerana aku mahu menjadi
wanita syurga! Itu bukan sekadar madah penyedap kata. Bukan sekadar omong
kosong. Ini cita-cita tertinggi aku.
Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh
ke hadapan. Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di
tempat Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk
mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya? Atau mungkin aku akan lari
atau mungkin aku akan... entah. Aku menangis...
Aku mahu seperti Rabi'ah al-Adawiyah. Cintanya terhadap
Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira.
Benar reda dan tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi
hamba kepada raja yang zalim.
Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang
memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia di
hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. Tetapi aku...
Aku menangis lagi..
Aku menangis.. Menangis.. Menangis.. Namun, tangisan ini
membuatkan aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku bukan
perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh
yang tidak bangun. Aku bukan perempuan yang begitu. Lembik. Lemah!
Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak
mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku
bukan perempuan yang penakut dan pengecut! Aku bukan perempuan yang mudah kalah
terhadap cabaran!
Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati
yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan
berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan
takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah
untuk dipatahkan. Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.
Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat
yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut
kata nafsu. Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri
daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.
Aku tidak mahu
neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang mahukan
syurga.
No comments:
Post a Comment