Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..
Syukur alhamdulillah, malam ini aini berkesempatan untuk mencoretkan serba sedikit apa yang sudah lama tersurat dalam fikiran aini ni.. Mungkin ia sudah dianggap seperti perkara biasa tetapi bagi aini, saling ingat-memperingati itu adalah satu amalan yang murni dan patut untuk kita amalkan dalam kehidupan walau dalam apa jua keadaan..Insya-allah..
Gambar di atas tu aini paparkan untuk menguatkan lagi tajuk cerita yang ingin aini bawakan pada malam yang sungguh dingin ini. Semoga ia serba sedikit dapat mendidik hati sanubari kita dalam menjalani kehidupan di hari-hari mendatang..
Sahabat-sahabat yang aini kasihi sekalian, pasti kita selalu menginginkan layanan yang baik dari setiap orang terhadap kita bukan???Apa perasaan sahabat sekiranya layanan yang kita hulurkan itu dibalas dengan layanan yang dingin dan mengguris hati serta perasaan. Setiap apa yang ingin kita luah dan ucapkan itu penuh hati-hati untuk dituturkan, tetapi apa yang kita dapat daripada mereka adalah pahit dan kesat..Masya-allah, sayunya hati itu kan..
Cuba kita bayangkan juga sekiranya layanan itu ibu bapa kita yang terima.. Sedih juga bukan? Jadi dikesempatan ini, aini ingin sama-sama menasihati diri aini sendiri sekaligus mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk sedar dan berfikir terlebih dahulu akan perasaan setiap insan yang bakal kita sakiti.. Insya-allah sahabat, allah telah menjanjikan balasan yang baik di atas setiap amal kebajikan yang kita telah lakukan.. Niat tanpa sempat bertindak pun tetap diberikan ganjaran oleh Allah, apatah lagi sekiranya kita benar-benar melakukannya..
Insya-allah, semoga kita sentiasa beringat dalam setiap apa yang ingin kita lakukan.. Hati yang kecil tidak mustahil akan mengalami kecederaan yang amat parah sekali walau dengan segaris torehan...
agreed.. !!!
ReplyDeletehihi lama akk tak berinteraksi dgn aini... hope aini sehat dan bahagia di samping insan2 tersayang...
hehe..terima kasih kak..rasa terpanngil nak tulis hal tu...amin...sihat2 juga kak..akak juga ye..dengan qalesya yang comel dan semakin membesar tu..bila dia nk dapat adik kak..:-)
ReplyDelete