Assalamualaikum..terajin pula untuk menulis dipagi hari ini.hehe. Kawan-kawan dah baca doa bangun daripada tidur ke? Ha, kalau belum mari kita baca buku.. Tu kat atas tu aini dah sertakan sekali doanya. Mudah-mudahan hari ini akan sentiasa dilimpahkan keberkatan buat diri kita, insya-allah. Ramai orang kat luar sana yang beranggapan bahawa doa ni hanya dibacakan apabila terjaga daripada tidur sahaja, tapi tahukah sahabat sekalian bahawa tiada sempadan waktu pun untuk kita berdoa. Maksud aini, jikalau kita terlup membacanya ketika bangun tidur pagi ini, kita masih bisa membacanya bilamana kita teringat untuk membaca..Walaupun jam ketika itu menunjukkan 12 tengahari ataupun 11.59 malam...hehe.. Betul ni, aini tak main-main. Doa itukan tanda kita bersyukur diberikan nikmat hidup.
Sebenarnya aini bukan nak merepak yang bukan-bukan pagi ini. Selepas sahaja subuh tadi, aini tergerak hati untuk membuka latop ni. Searc punya search, aini terjumpa la satu blog yang menceritakan mengenai sunnuah Rasullullah..Jadi, aini rasa benda yang baik ni bagus untuk dikongsikan?
Mai aini sertakan serba sedikit mengenai apa yang aini bacakan sebentar tadi.. Semoga ia berguna buat kita semua.. Insya-allah, selamat beramal..
BANGUN TIDUR
1. MENYAPU KESAN TIDUR DARI WAJAH DGN TANGAN
Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar menyatakan perlakuan
ini digalakkan berdasarkan :
Apabila Rasulullah SAW bangun dari tidur, dia akan
bangun dan menyapu kesan tidur dari mukanya dgn tangannya. Al-Bukhari, Kitab
Wuduk, Hadis 183.
2. MEMBACA DOA BANGUN TIDUR
Segala puji bagi Allah yg menghidupkan kita selepas
mati(tidur) dan kepadaNya dihidupkan semula. Al-Bukhari, Kitab Doa, Hadis 6312.
3. MENGGUNAKAN SIWAK
Apabila Rasulullah SAW bangun dari tidur daripada
malam(tidur), baginda akan memebersihkan mulutnya dgn siwak. Al-Bukhari, Kitab
Wuduk, Hadis 245. Muslim, Kitab Bersuci, Hadis 255.
4. MENYEDUT AIR MASUK KE DALAM HIDUNG
Apabila seseorang dikalangan kamu bangun dari
tidur, kemudian hendaklah menyedut air kedalam hidung sebanyak 3 kali.
Sesungguhnya syaitan bermalam dalam bahagian dalam hidungnya. Al-Bukhari, Kitab
Permulaan Ciptaan, Hadis 3295. Muslim, Kitab Bersuci, Hadis 245.
5. BASUH KEDUA-DUA TANGAN SEBANYAK 3 KALI
Apabila seseorang bangunkan kamu dari tidur, jgnlah
masukkan tangan kedalam perkakas sehingga dia membasuh tangannya sebanyak 3
kali. Muslim, Kitab Bersuci, Hadis 278.
Sumber : Kumpulan doa, Zikir dan Amalan Seharian
Nabi Muhammad SAW. Judul asal, Akhtar Min Alf Sunnah Fi Al-Yaum Wa Al-Laylah, -
Syeikh Khalid Al-Husaynaan
Sekian, rasullullah pernah berpesan kan? Sampaikan lah
daripadaku walaupun dengan sebaris ayat. Maksudnya di situ, Rasul kita
amat-amat mengalukan kita berdakwah dan saling menyampaikan sesuatu kebaikan
itu..wallahua'lam....
sukalah dgn blog u ni
ReplyDeleteterima kasih puan..sekadar berkongsi
ReplyDelete