KISAH
BENAR PELAJAR DAPAT BANTUAN ALLAH WAKTU PEPERIKSAAN
Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di
salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang
berada dalam dewan peperiksaan tersebut.
Ceritanya begini :
Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan
dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan
untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa
ujian beberapa ketika guru
tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas
jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula
memberi perhatian yang lebih kepadanya.
Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua
soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi.
Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan
lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut
telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak
menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru
telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan.
Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga
sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu
saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka
sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan
harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya.
Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu
berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.
Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan
seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah
yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan
saya.
Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa
besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling
Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana
berbakti kepada orang tua.
Aini menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa
agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka
pergi meninggalkan kita.
No comments:
Post a Comment