JANGAN MAIN2 DENGAN 20 SEN...
Tersebut kisah ada seorang Imam
yang telah dipanggil ke suatu tepat untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid.
Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam
tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas
tersebut telah memulangkan wang... baki yang lebih daripada yang sepatutnya
sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam
tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20
sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah
kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," hati kecilnya
berkata-kata.
Apabila tiba di hadapan masjid,
Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun
sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti
dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen
tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang
baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa
awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut
berkata.
Imam tersebut menjawab,
"Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku
jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum,
dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih
sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah
berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan
seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah
tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir
menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
Ps/jgn la gadai iman kita dgn
seberapa besar pun nilai wang.. kerna iman tak boleh di jual beli...
No comments:
Post a Comment