Tuesday, September 13, 2011

SEMANGAT

Sesuatu pekerjaan seharusnya disertakan dengan minat dan semangat.
Sekiranya kita hanya punyai minat tanpa semangat, nescaya ibarat berjalan dengan sebelah kaki
Ia masih boleh dilaksanakan tapi timbul sedikit kesukaran.
Sekiranya kita selitkan semangat, insya-allah sempurna perjalanan kita

Akan tetapi sebagai manusia yang bernaung di bawah kekuasaan Yang Maha Pencipta,
kita semestinya akur dengan setiap ujian yang di berikan oleh-Nya.
Kenapa??
Ye, kerana kita dewasa dengan ujian allah itu.
Kita akan lemah sekiranya kita sentiasa berasa selesa.

Bila menyebut berkenaan semangat ini,
Terfikirkah kita dari mana agaknya timbulnya semangat itu.
Mungkin ia hadir disebabkan kesedaran semulajadi atau 
Mungkin juga ia harus di pupuk.
Atau mungkin ia datang dari insan disekeliling kita.

Sukar bukan untuk kita bicarakan hal ini secara terperinci?
Kerana setiap individu punyai pendirian dan perasaan yang tersendiri.
Apa yang pasti, usaha lah untuk selalu mampu dalam apa jua yang ditakdirkan untuk dirir kita

Nasihat ini aini tujukan buat diri aini sendiri khususnya kerana bukan senang sebenarnya untuk kita berpijak dibumi yang nyata.
Tapi apa yang pasti,aini kena jua hadapi kehidupan disini dengan keikhlasan yang sepenuhnya.
Walau ujian tidak pernah henti mengetuk diari diri, yakinlah allah mahu aini jadi insan yang peka tanpa alpha.

KINI DI UITM SHAH ALAM..

Assalamualaikum...azan kian berkumandang menandakan telah masuknya waktu solat fardu maghrib bagi kawasan shah alam..


Aini sekadar ingin mencoretkan sedikit cerita tentang hidup ini setelah sekian lama tidak melawat ke laman sesawang ini. Aduh indunya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata lagi. Tapi aini yakin semua ini kerja Ilahi. 


Kini aini ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di uitm shah alam setelah 4 bulan bercuti.Masya-allah, dalam jangka masa itu terlalu banyak cerita yang ingin aini kongsikan tapi bukan dikesempatan ini. Insya-allah,di coretan yang seterusnya aini akan cuba sedaya mampu untuk lebih meluangkan masa..


Sesungguhnya aini amat rindukan ibu ayah dan adik beradik aini ketika ini.Doakan aini selamat walau dimana jua aini berada...Salam aidilfitri dan salam perantauan....daaaaa...... 

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH