Monday, February 28, 2011


Buku? Diari? Atau artifak lama? Mungkin itulah persoalan yang timbul dalam fikiran kita sekarang. Semuanya itu ada betulnya jugak tapi di sini aini ingin ceritakan tentang buku rekod dosa dan pahala yang akan di hitung di akhirat kelak. Berapa banyak ye buku yang telah dicatatkan akan dosa dan pahala kita sepanjang tempoh kita hidup? Sepuluh ker? Seratus ker? Atau seribu ker?

Wah banyaknya persoalan yang timbul. Sudah la tu, nanti ia akan memeningkan kepala lagi kelapa kalian. Nanti aini sambung lagi ea.. Kerana aini perlu menghadiri satu seminar kerjaya sekarang. Nampakkan? Masa amat mencemburui kita. Sebab itulah masa itu diibaratkan seperti emas cuma bezanya emas ini tidak boleh di jual beli. Sekali kita kehilangan masa itu, pasti tiada lagi ganti baginya. Baiklah, aini undur diri dulu. Insya-allah, ada kesempatan kita bertemu kembali.. Assalamualaikum..



MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI


Dah lama rasanya aini post gambar ni dalam blog aini ni. Tapi masa masih belum mengizinkan untuk aini menulis serba sedikit cerita mengenainya. Nak kata sibuk belajar pun tidak jugak. Mungkin belum ada idea yang cukup untuk aini luahkan.Hehe...

Baiklah, inilah event yang pernah aini dan rakan-rakan kendalikan iaitu "Majlis Makan Malam Alumni DPIM". Tapi majlis ini telah lama berlangsung, kalau tak silap aini akhir tahun lepas. Semasa aini berada di semester 5. Ya Allah, seronoknya perasaan ini ketika selesai majlis yang telah dirancang hampir berbulan-bulan lamanya. Liku-liku dan pelbagai ujian telah kami hadapi untuk menjayakan events yang amat kami nanti-nantikan ini. Ye, sudah menjadi lumrah untuk mencapai sesuatu yang bermakna itu, pasti akan disulami dengan cubaan dan dugaan. Walaupun aini hanya sekadar membantu tugasan-tugasan yang telah diaturkan itu, aini dapat pelajari banyak ilmu baru yang boleh aini gunakan di masa akan datang. Insya-allah.. 

Persepakatan antara rakan-rakan aini inilah yang menjadi penyumbang utama atas keberhasilan events ini. Dan sudah menjadi asam garam dalam sesuatu pekerjaan yang di aturkan oleh manusia yang juga tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, pasti akan tercatitnya kekurangan yang azali. Itulah buktinya allah Maha Berkuasa akan sesuatu yang diciptakan-Nya.

Walaubagaimana sekalipun, aini bersyukur kepada Yang Maha Pencipta kerana menjadikan progran ini sebagai pengikat hubungan silaturrahim antara kami satu batch. Mungkin pengalaman seperti ini akan dialami sekali seumur hidup dan tidak mustahil juga ia akan terjadi sebaliknya..

Semoga detik-detik kegembiraan ini akan sentiasa mekar dalam ingtan aini dan rakan-rakan yang amat aini cintai. Hanya doa yang akan aini dikirimkan walau jasad berada jauh nun dek halangan.
Terima kasih atas kurnian ini Ya Allah.. 


MALAM PENUH CAHAYA

Syukur alhamdulillah, pada malam yang penuh dengan keberkatan ini pintu hati aini telah diberikan petunjuk oleh allah untuk pergi ke majlis sambutan maulidur rasul peringkat universiti yang di adakan di kampus UiTM Khazanah Alam ini. Ya allah, sambutannya juga cukup menggalakkan sekali di mana semua ruangan kerusi yang disediakan penuh dengan bilangan pelajar yang hadir. Ia merupakan satu anjakan paradigma yang cukup memberi kesan kepada kami sebagai seorang manusia yang bergelar muslim dan muslimah sekaligus menggalas tanggungjawab sebagai seorang siswazah juga.

Dalam program yang disusun atur itu, satu slot ceramah yang amat di nanti-nantikan oleh kami semua iaitu ceramah yang bertajuk "Cahaya Cinta Rasulullah". Wah, apabila di lihat kepada tajuk yang di berikan itu, pasti semua yang mendengarnya merasakan tidak sabar-sabar untuk meneruskan perhatian mereka sepanjang program dijalankan. Apa yang lebih menggembirakan lagi, penceramah yang diundang khas untuk memberikan kami semua ilmu itu merupakan salah seorang pensyarah yang cukup di kenali oleh para siswazah bukan kerana rupanya yang kacak, suaranya yang lunak malah ia turut di tambah dengan pakej lain iaitu kredibilitinya untuk memberikan ceramah yang cukup berkesan sekalugus mampu menarik perhatian pendengar sepanjang ceramah diberikan. em..Bukan mudah untuk berbuat sedemikian ye.. Apatah lagi, ini merupakan ceramah agama yang calang-calang kali mahu di dengari oleh remaja zaman teknologi ini. 

Ok lah, di kesempatan ini juga aini ingin kongsikan sedikit ilmu yang aini dapat sepanjang ceramah itu berlangsung..Semoga ilmu yang sedikit cuma ini mampu memberikan input yang mendalam bukan sahaja buat dipraktikkan tika ini malah di masa-masa akan datang.Insya-allah..

7 SUNNAH RASULULLAH

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi S.A.W itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin itu terletak pada tahajuddinnya.
Kedua: Membaca Al-Quran, sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan Tinggalkan Masjid, terutamanya di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun, langkahkanlah kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzim tetapi panggilan allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid allah.
Keempat: Jaga Solat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuhanya.
Kelima: Jaga Sedekah Setiap Hari, allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga Wudhu, terus menerus kerana allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib," orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah"
Ketujuh: Amalkan istighfar, setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Alhamdulillah, inilah ilmua yang ingin aini kongsikan buat semua rakan-rakan yang aini sayangi sekalian. Semoga kita sama-sama dapat mengamalkan sunnah rasulullah tersebuat dan semoga kita adalah di kalanag umatnya yang akan mendapat syafaat daripada baginda. Amin..


Alhamdulillah, setelah puas aini cari gambar si camera women yang comel ni, baru la ditemui. si dia berbaju coklat tu..Kenangan di ladang sawit yang mengasyikkan..hehe

DETIK-DETIK SEPANJANG EVENT BERLANGSUNG

MOOD GEMBIRA SEMENTARA MENUNGGU ADIK-ADIK PESERTA
YANG AKAN SAMPAI DI CHECKPINT KAMI
                                 SUASANA DALAM PERJALANAN MENUJU KE LADANG


Happening!!! Itu lah yang dapat aini suarakan ketika gambar ini di rakamkan. Pada tika ini, jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Kemana ye aini dan kawan-kawan nak pergi di saat matahari tegak berdiri di atas kepala. hehe. Em, untuk pengetahuan semua kami sedang asyik dan berkobar-kobar untuk pergi ke ladang bagi menyertai aktiviti "explorace" yang dianjurkan oleh student Diploma Pengurusan Ladang generasi ke-43. Apa yang amat mengembirakan kami ialah kami dijemput sebagai tetamu terhormat dan kami diarahkan untuk mengendalikan satu checkpoint sepanjang track yang telah disusun atur oleh para fasilitator program survival camp itu. Seronok!!!

Memandangkan ini sem terakhir aini bersama rakan-rakan yang lain, aini rasa masa yang indah seperti ini sukar untuk diabadikan di masa akan datang. Aini sendiri tidak tahu sama ada aini akan merasai detik-detik kegembiraan ini ataupun sebaliknya. Semoga gambar-gambar yang telah diambil ini mampu menjadi pengubat rindu tika memori silam kembali bertandang suatu ketika nanti.

Apa yang pasti, kiriman doa buat rakan-rakan yang aini amat sayangi ini tidak akan putus aini tadahkan. Semoga kehidupan kami sentiasa dirahmati oleh-Nya dan terpelihara kami daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang. Amin.

Sebelum aini menutup topik ini, aini ingin memberitahu nama rakan-rakan aini yang terdapat didalam gambar di atas. Sebagai ingatan buat aini juga dimasa akan datang, insya-allah.

Sedari kiri: shiela (roomate aini), farhana, hajar aminah, hehe, norsyuhada, adawiyah, afizah, dan nurul ain. Dan tidak dilupakan lagi seorang lagi rakan aini yang penting kiranya ketika gambar ini dirakankan iaitu cemera women ni... nurul atirah. insya-allah nanti aini serta kan sekali ye..

Saturday, February 26, 2011

MY ASSIGNMENT

Wah..cerah sungguh hari ini bagaikan cerahnya hati aini tika terjaganya daripada tidur. Deringan alarm telefon bimbit aini telah menyedarkan aini daripada lena yang cukup berkuailiti malam tadi. Agak sukar untuk aini merasai nikmatnya tidur yang sebegitu rupa. Memang benar aini merasai tidur pada setiap hari tapi yang uniknya kali ini, aini merasai nikmat tidur yang tidak pernah aini rasai sebelum ini. Kenapa aini cakap kan begitu? Aini pun tidak tahu kerana ianya sukar untuk aini ungkapkan dengan perkataan .Ya allah, mungkin inilah salah satu nikmat yang allah mahu tunjukkan kepadaku akan kebesaran-Nya. Aini terharu dan menadah tangan tanda kesyukuranku keatas yang Maha Esa. 

Hari ini aini mahu menceritakan perihal yang remeh je tapi jari ini terasa rindu pula untuk menaip di atas keyboard ini. Itu yang dituruti kehendak jari yang telah banyak membantu aini selama ini. 

Sekarang aini tengah sibuk untuk memikirkan dan kemudian membuat keputusan tentang assignment aini yang akan aini present tidak lama lagi. Walaupun ia adalah tugasan berkumpulan tapi aini rasa ia harus dipandang serious juga. Kerana ia melibatkan pemarkahan akhir iaitu "carrymark". Dibawah subjek "extension", Aini ditugaskan untuk membuat satu demontrasi berkenaan dengan agriculture. Tak jelas lagi? Mai aini terangkan dengan lebih lanjut.hehe.

Memandangkan aini belajar dalam bidang pertanian dan pengurusan ladang, aini di tugaskan untuk mengkaji teknologi terbaru yang memudahkan ramai pekebun-pekebun diluar sana dalam usaha meningkatkan lagi pengeluaran produk dan pulangan wang pendapatan mereka. Oleh yang demikian, aini diibaratkan sebagai seorang pegawai extension atau pegawai pertukaran bagi petani mahupun pekebun. Daripada maklumat baru yang aini perolehi itu aini akan sampaikan ia kepada para petani untuk mereka cuba cara dan kaedah tersebut. Penyampaian tersebut mestilah jelas dan menepati kehendak penduduk setempat agar mereka boleh menerima apa maklumat yang aini bawakan buat mereka. 

Permasalahannya sekarang aini masih belum menjumpai maklumat berkenaan teknologi baru yang akan aini terangkan kepada para pekebun dan penduduk kampung itu. Walaubagaimana sekalipun, aini akan cuba yang terbaik dalam usaha menyiapkan assignment aini ini bukan hanya sekadar siap tapi ia memenuhi kehendak dan syarat yang diperlukan oleh pensyarah yang akan menilai dan sekaligus memberi markah kepada aini dan rakan-rakan yang lain..

sekadar berkongsi hal yang tidak seberapa. hehe..da...

Wednesday, February 23, 2011

Sukarnya nak dicapai apa yang di depan mata. Kalau ia tidak di kehendaki, datangnya pula bagaikan deru-deru tiupan angin. Kerap kali dan membuatkan hati insan yang merasakan nikmatnya tersenyum manis. Itulah uniknya kehidupan..Yang sukar itulah akan lebih dihargai daripada apa yang datang bagaikan bergolek dan melayang.

Tika mata ini ingin menggapai pandangan nun jauh di sana, datang pula halangan yang membuatkan semuanya tidak lagi kelihatan. Puas dicari apa, dimana, kenapa dan bagaimana punca semua ini berlaku. Adakah semuanya atas silap diri ini atau ujian yang tak henti-henti mahu menduga.

Sedetik masa ku ambil untuk bermuhasabah diri ini.

MENANGIS AKU APABILA MEMBACA SIRAH INI

Tiba-tiba ada ucapan salam. “Boleh saya masuk?” lelaki itu bertanya. Namun Fatimah tidak mengizinkannya masuk ruangan. “Maaf, ayah saya sedang sakit, “kata Fatimah. Ia berbalik kembali dan menutup pintu.

Nabi Muhammad saw. membuka matanya dan bertanya, “Siapa dia, putriku?”
“Aku tidak tahu ayah. Ini pertama kali aku melihatnya,” kata Fatimah lembut.
“Ketahuilah putriku, dia adalah orang yang menghapuskan kenikmatan sementara! Dialah yang menceraikan persahabatan di dunia. Dialah sang Malaikat Maut,” kata Rasulullah saw.

Fatimah menahan genangan air matanya. Malaikat maut datang kepada-Nya, tetapi Rasulullah saw. bertanya mengapa Jibril tidak datang bersamanya.
Kemudian Rasulullah saw. menatap putrinya dengan pandangan nanar, seolah-olah ia tak ingin kehilangan setiap bagian dari wajah putrinya.
Kemudian, Jibril dipanggil. Jibril sebenarnya telah siap dia langit untuk menyambut ruh Rasulullah sang pemimpin Bumi.

“Wahai Jibril, jelaskan kepadaku tentang hak-hakku di hadapan Allah!”, Rasulullah saw. meminta dengan suara yang sangat lemah.
“Pintu-pintu langit telah dibuka. Para malaikat sedang menunggu ruh Anda. Semua pintu Surga terbuka luas menunggu Anda” kata Jibril.

Namun, kenyataannya, jawaban itu tidak membuat Rasulullah saw. lega.
Matanya masih penuh kekhawatiran.
“Anda tidak senang mendengar kabar ini?” tanya Jibril.
“Ceritakan tentang nasib umatku di masa depan?” kata Rasulullah saw.
“Jangan khawatir, wahai Rasulullah, saya mendengar Allah berkata:” Aku haramkan Surga untuk semua orang, sebelum umat Muhammad memasukinya, ” kata Jibril.

Waktu bagi malaikat Izrail melakukan pekerjaannya semakin dekat dan dekat.
Perlahan-lahan, ruh Rasulullah saw. dicabut.
Tampak tubuh Rasulullah saw. bermandikan peluh, saraf lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakit ini!” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam sallalahu mengerang dengan perlahan.
Fatimah memejamkan mata, Ali yang duduk di sampingnya tertunduk dalam dan Jibril pun memalingkan mukanya.

“Apakah aku sedemikian menjijikkan sehingga engkau memalingkan muka wahai Jibril?” Rasulullah saw. bertanya.
“Siapa yang bisa tahan melihat Kekasih Allah di ambang sakaratul mautnya?” kata Jibril.
“Bukan untuk berlama-lama,” kemudian Rasulullah saw. mengerang karena sakit yang tak tertahankan.
Ya Allah betapa besar Sakaratul maut ini. Berikan kepadaku semua rasa sakit, tapi jangan untuk Umatku.

Tubuh Rasulullah saw. mendingin, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi.
Dengan berlinang air mata, bibirnya bergetar seakan ingin mengatakan sesuatu.
Ali mendekatkan telinganya ke Rasulullah saw., “Jagalah shalat dan jagalah orang-orang lemah di antara kamu.”

Di luar ruangan, ada tangisan, ada kegaduhan. Para sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup wajahnya dengan kedua tangan.
Sekali lagi, Ali mendekatkan telinganya ke Rasulullah saw. dan dengan mulut yang telah membiru serta air mata berlinang, Rasulullah berucap lirih: “Ummatii , Ummatii, Ummatii…” “Umatku, umatku, umatku…

Sesungguhnya rasullulah amat mengutamakan kita  walau disaat maut memanggilnya. Bacalah dengan hati yang tunduk kepada yang satu.. Sayu...

Wednesday, February 16, 2011

AURAT KITA MAHAL TAU..



Apabila di lihat dari mata kasar kita ini, pasti sukar untuk kita cari dimana dan apakah yang bernilai sangat pada diri seorang wanita itu. Tetapi mari kita selami hati wanita yang sejati. Di situ terletaknya sinar-sinar belian yang terpancar. Walau jauh berbatu sekalipun pasti jua kita dapat serpihan sinarannya. Cahayanya bukan lagi sirna tapi hakikatnya ia jelas lagi nyata.

Mak, kakak, adik, makcik, mahupun nenek sekalipun tidak terkecuali daripada terus dan terus menjaga aurat yang telah diwajibkan oleh allah s.w.t ini. Tapi malangnya, semua itu di panjang ringan oleh masyarakat kita dewasa ini. mereka rasa merekalah yang berhak untuk menentukan hala tuju masa depan mereka, mereka lah juga yang punyai hak untuk meneraju bahtera indah mereka itu ke destinasi yang mereka impian walaupun terpaksa meninggalkan apa yang di suruh oleh allah.

Masya-allah, sejauh mana kita mahu melarikan diri daripada kekuasaan allah ini. Mungkin masih belum tiba saat dan waktunya allah tunjukkan kepada kita akan balasan yang selayaknya untuk kita rasakan. Tapi itu juga bukan bermakna allah bersetuju dengan apa yang kita lakukan!!!. Dalamilah ilmu allah, di situ terjawab pelbagai permasalahan bagi insan yang tercari-cari akan hakikat realitinya. Malangnya, bagi insan yang langsung tidak berusaha untuk ke arah itu, musibah lah yang bakal menanti kita di hari muka. Pedih bukan?

        "Ya allah, jangan la Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami.."

Amin..amin..ya rabbalal'amin. Di kesempatan ini juga aini ingin kongsikan kepada kalian akan hakikat dan realiti aurat kita yang bergelar muslimah ini. Tidak terkecuali juga kepada kaum muslim, kalian juga boleh mengambil sedikit daripada pengisian yang aini kongsikan ini buat insan-insan muslimah yang semestinya kalian sayangi. Tidak kiralah sama ada si dia adalah ummi, kakak, adik, ibu saudara mahupun nenek kalian. Ingatlah kaum muslim..di akhirat kelak kalian tidak pernah terkecuali untuk di tanyakan apa peranan kalian dalam mendidik saudari muslimah kalian. Disaat itu kah baru kalian akan tersedar dimana kalian perlu memperingatkan mereka? Aduh...sudah terlambat saudara.Tapi hari ini, ibaratnya malam masih muda. ambillah apa yang berguna dan sebarkanlah ia buat insan-insan yang anda amat kasihi.

Seperti mana gambar yang aini sertakan di atas, aini rasa ia mudah dan teramat mudah untuk kita fahami mesej yang ingin aini sampaikan. Itulah dia pakaian sebenar bagi seorang wanita muslimah. PERFECT!!!Aini sentuh daripada bahagian kepala terlebih dahulu.Kenapa? Kerana di situlah terletaknya mahkota wanita yang teramat agung. Tutuplah keseluruhan kepala kita dengan sesempurna mungkin. Tidak sukar bukan? Tapi apa yang memusingkan kepala aini ini, berat sangatkah tudung yang mereka pakai itu sehinggakan mereka rasa terbeban untuk melaksanakannya. Ikhlaskan lah hati kalian untuk melakukannya. Insya-allah segala perkara yang sukar itu pasti akan dipermudahkan oleh allah s.w.t. Memakai tudung juga jangan lah di ringan-ringan kan. Sehinggakan sekadar menutup tempurung kepala sahaja. Lucu rasanya untuk aini sentuh isu itu disini. Aini yakin, kalian tahu akan hakikat ini, tapi kalian hanya membiarkan ia berlalu begitu sahaja tanpa ada tindakan susulan yang kalian usahakan. wahai sahabat-sahabat yang aini kasihi, mari kita labuhkan sedikit tudung yang kita pakai itu agar ia memutupi bahagian dada kalian. Bukan semestinya kalian memakai tudung yang menutupi punggung, tapi sekiranya kalian terdaya untuk melakukan sebegitu rupa, apa lah salahnya.

Kedua, lihatlah koleksi baju yang tersusun dalam almari kalian. Adakah ia sama saiznya dengan pakaian adik-adik kalian? kalau begitulah hakikatnya, apa salahnya kalian lakukan sedikit amal jariah, dan sedekahkan baju-baju itu kepada adik-adik kalian. Besar kemungkinan mereka lebih memerlukannya daripada kalian. hehe. Kenapa ia katakan begitu? Bukan aini mahu bangkitkan kemarahan kalian, tapi aini ingin sedarkan kalian bahawa pakaian yang selayaknya untuk kalian adalah yang labuh dan longgar. Bayangkanlah sekiranya kalian memakai pakaian yang selayaknya untuk adik-adik..tidakkah malu? Masyarakt umum bisa melihat bentuk tubuh kita yang sepatutnya kita tunjukkan kepada bakal suami kita sahaja. Jadi, apa hak dan istimewanya suami kalian kelak selepas kalian diijabqabulkan? Hak yang sepatutnya kalian simpan buat si dia yang bergelar suami sudah di tebuk oleh masyarakat umum di luar sana. Sedihnya....

Nanti kita sambung lagi ea. Buat tika ini, itu sahaja yang sempat aini kongsikan.. semoga ia memberi sedikit peringatan buat aini dan kalian. wallahua'alam.. insya-allah ada umur, kita bersua lagi.

SEKADAR MENYEDAPKAN MATA



WANITA HIASAN DUNIA


Indahnya ciptaan allah. Walau berjuta manusia yang diciptakan oleh-Nya, tetapi setiap insan itu pasti punyai keunikan dan daya tarikannya yang tersendiri. Di kesempatan ini, Aini mahu mengajak kalian berehat seketika untuk merenung sejenak betapa istimewanya wanita itu dari perspektif islam. Namun, aini tidak bermaksud kaum adam itu rendah martabatnya daripada kami malah di sini juga aini mahu menasihati kaum hawa yang membaca artikel ini agar sentiasa mengingati status dan kedudukan kita. Iaitu, sedarlah kalian bahawa kedudukan kita adalah rendah daripada adam walau tinggi mana sekalipun pangkat yang kita galas hari ini. Sedarlah wahai kaum sejenisku, kita dijadikan daripada tulang rusuk mereka. Tiada allah, tiada lah mereka, dan sekiranya tiada mereka maka tiadalah kita. Renung-renungkanlah 

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud:
“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah.” – (Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.Jika kita ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan seperti berikut:

Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.

Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.” – (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.

Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri. Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” – (Riwayat Abdullah ibn Humaid).

Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk.

Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwasanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya.

Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud:

“…perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” – (Surah an-Nisa: 34)

Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud:
“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya.” – (Riwayat Imam Ahmad)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.

Sabda Rasulullah bermaksud:
“Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya redha kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga.” – (Riwayat Al-Hakim dan Tirmizi)

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah. Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.
Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Akhirnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” – (Riwayat Al-Tausi)

SUKARNYA UNTUK MEMUASKAN HATI SEMUA

Kehidupan tidak akan lekang daripada ditimpa ujian dan lakonan yang mencabar. Diam yang disangka boleh mengelakkan timbulnya permasalahan yang lebih rumit, akhirnya menikam diri ini sendiri. Apa salahkah diri ini untuk memilih jalan yang terbaik sekaligus mengelakkan ada insan lain yang akan terluka dek kemarahan yang tidak pernah diri ini duga. Betul la kata orang, tidak semua yang kita lakukan pada hari dan tika ini akan diterima oleh orang-orang di sekeliling kita. Tapi itulah realiti kehidupan yang sebenar. Kalau hari ini kita mampu menahan air mata daripada mengalir membasahi pipi, insya-allah ujian yang bakal kita tempuhi di masa yang akan datang juga kian bijak untuk kita hadapi. Apa yang lebih utama, tepuk dada, tanya iman.




Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDURRASUL
SEMOGA KITA BISA MENCONTOHI AKHLAK RASULLULAH

SALAM MAULIDURRASUL

Laqad kaana lakum fii rasulillahi uswatun hasanatun liman kaana yarjullaha wal yaumal aakhira wazakarallaaha kathiraa. (al ahzaab:21) 

Alhamdulillah, tahun ini kita sempat lagi bertemu dengan 12 Rabiul awal, satu peristiwa besar dalam sejarah atau sirah nabi iaitu sempena Kelahiran Baginda sallallahu alaihi wasallam. 
Umum masyarakat Islam tahu bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam telah diperanakkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi. 

DUNIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM 

           Ahli sejarah dan para ulama' yang mengarang buku2 sirah nabi pasti memulakan kisah kelahiran nabi junjungan dengan menceritakan keadaan latar belakang sejarah dunia ketika itu. 
Dunia ketika itu terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Rom mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut Majusi()penyembah Api). Dalam buku Sejarah Islam hasil tulisan Professor Hamka, digambarkan bahawa masyarakat dunia ketika berada dalam kemusnahan akhlak yang dahsyat tak kira sama ada di Barat mahu pun Timur. Kaum wanita dianggap masyarakat kelas dua. mereka dilayan sebagai alat pemuas nafsu seks semata-mata. Mereka diperdagangkan. Perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban. Kalau di China umpamanya, anak perempuan dan isteri boleh dijadikan bayaran hutang judi. Manakala di India, wanita yang berkahwin hendaklah membakar diri sekiranya suaminya meninggal. 
          Lebih teruk di Semenanjung Tanah Arab, melahirkan anak perempuan merupakan suatu kehinaan di sisi masyarakat dan mereka saanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara biasa. Bangsa Arab kucar kacir,tidak mempunyai pemimpinberpusat bagi negara kerana mereka lebih bangga dengan suku kaum masing-masing. Pertelingkahan yang memakan masa berkurun lamanya adalah perkara biasa juga walaupun berlaku perselisihan faham yang kecil sahaja seperti binatang ternakan mati. 
          Ringkasnya, dunia sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, berada dalam kegelapan moral dan tauhid walaupun tertegaknya dua Tamadun manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi. 

KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH 

Allah berfirman yg maksudnya: 

"Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam." 

Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman. 
Kisah ini disebut dalam Al Qur'an dalam surah al fil yang bermaksud; 

"Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah? 

sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar. ALLAH berfirman lagi; 

"Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu drp tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun2 yang dimakan (ulat)." 

Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan. 
          Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi2 normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba2.Dan apabila nabi berpaling ke arahibukota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu. 
         Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar2an di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit. 
        Perkara2 pelik yang berlaku merupakanmukjizatkenabianyang ALLAH tunjukkanbagi tujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan kenal dengan nabi. Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan para orientalis yg ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi, yang sebenarnya dipelihara oleh ALLAH semenjak lahir lagi. 

KISAH PENYUSUAN 

        Memang menjadi amalan masyarakat bangsawan Arab di mana anak2 yang dilahirkan akan dihantar ke pedalaman untuk disusukan bagi mendapatkan tubuh badan dan akal yang sihat dan cergas. 
        Lalu ditakdirkan apabila tiba musim penyusuan, orang2 Bani Sa'ad menuju ke Kota Mekah untuk mencari bayi2 dari bangsa Quraisy utk upah penyusuan. Dalam rombongan banu Sa'ad ini, termasuklah Halimatun Sa'adiah dan suaminya, satu keluarga miskinyang juga mencari sesuap nasi dengan kerja penyusuan. disebabkan unta yang mereka naik uzur dan kekurangan minuman dan makanan, mereka tertinggal dalam perjalanan ke Kota Mekah. Apabila mereka sampai, didapati orang-orang lain telah bersedia untuk pulang dengan membawa bayi untuk disusukan. Ditakdirkan Halimatun Sa'adiah dan suaminya terus mengetuk pintu rumah SIti Aminah diketuk. Setelah menawarkan diri, siti aminah pun menceritakan perihal suaminya yang telah meninggal dan beliau tidak mempunyai banyak harta. mereka tergamam mendengarnya lalu cuba mendapatkan bayi dari rumah2 lain tetapi hampa. lalu Halimatun Sa'adiah pun berbincang dengan suaminya sama ada nak balik terus atau tidak. Mereka membayangkan kalau mereka balik ke desa dengan tangan kosong, di mana mereka hendak cari rezeki lagi. mereka juga membayangkan betapa malunya kpd ahli rombongan yg lain kalau mereka balik tgn kosong. Lalu mereka nekad untuk mengambil anak Aminah untuk disusukan. Takdir ALLAH mengatasi perancangan manusia. Walaupun dengan berat hati mengambil bayi yang bernama Muhammad itu, Halimatun Sa'adiah teruskan jua. Di saat beliau mendukung Muhammad, terus beliau merasakan suatu kelainan. Hatinya merasa tenang dan sejuk memandang ke arah bayi itu. Dalam perjalanan ke desa tercinta, walaupun pada awalnya ketinggalan jauh daripada ahli rombongan yang lain, Halimaun Sa'adiah dapat memintas dengan mudah kerana unta mereka tiba2 menjadi kuat dan cergas. Ketika berehat untuk minum, susu unta yang diperah menjadi banyak sehinggakan dapat diminum oleh mereka berdua dan unta itu sendiri. Mukjizat ALLAH tunjukkan lagi... 
          Dipendekkan cerita, ketika dalam jagaan Halimatun Sa'adiah di Kampung Bani Sa'ad itu, ternakan mereka beranak pinak menjadi banyak dan tanah kampung menjadi subur di luar kebiasaan. Orang2 kampung mula bercakap2 ttg keberkatan Muhammad, anak susuan Halimatun Sa'adiah. Suatu hari, ketika Muhammad bermain dengan kawan2nya, datang Malaikat Jibril ke arahnya. Kawan2nya lari meninggalkan Muhammad sendirian dan melihat dari jauh. Ketika itulah dada Muhammad dibedah Jibril dan dikeluarkan harinya untuk dibersihkan dengan air zam2. Kawan2nya tercengang lalu lari lintang pukang ke rumah dan memaklumkan kepada HalimatunSa'adiah bahawa anaknya dibunuh orang. Selepas peristiwa itu, HalimatunSa'adiah menjadi risau kerana cerita itu menjadi buah mulut orang kampungnya. Setelah mengingati semua peristiwa yg pernah berlaku kepada keluarganya semenjak menjaga Muhammad, Halimatun Sa'adiah memutuskan untuk menghantar Muhammad kembali ke Kota Mekah. Di situlah berakhirnya jagaan nabi di bawah HalimatunSa'adiah. 

NABI YATIM PIATU 

          Siti Aminah ditakdirkan meninggal dunia ketika usianya baru 6 tahun.Kemudian beliau dipelihara oleh Datuknya Abdul Muttalib. Pada usianya 8 tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia dan Abu Talib, bapa saudaranya pula mengambil alih tugas menjaganya sehinggalah baginda dewasa. Abu Talib sangat sayangkan anak saudaranya itu. Beliau sentiasa membawa baginda ke mana2 termasuklah apabila berdagang. Suatu masa, ketika baginda berusia 12 tahun, Abu Talib membawanya berdagang ke Syam dan dipendekkan cerita dalam perjalanan di suatu dusun di Syam, mereka bertemu dengan seorang pendita Nasrani yang pakar dalam Kitab Taurat dan Injil. Pendita yang bernama Bahira itu peringatan kepada Abu Talib bahawa anak saudaranya akan menjadi pemimpin dunia sebagaimana yg tercatat dalam kitab2 suci Injil dan Taurat. Ada tanda kenabian pada Muhammad dan kalau orang2 Yahudi dan nASRANI mengetahuinya, nescaya mereka akan membunuh anak saudaranya. Inilah yang disebut dalam Al Qur'an maksudnya,"mereka mengenalinya(Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak2 mereka sendiri." 

PENGAJARAN/IKTIBAR 

1.            Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam waktu lahir hinggalah     dibesarkan oleh Abu Talib bapa saudaranya yang tersayang menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku2. Menjadi anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah. 

2.            Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman kanak2 baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas mukabumi sejak kecil lagi agar hujjah orientalis barat dan orang 2 yang berniat jahat terhadap Muhammad dapat dipatahkan dgn mudah. 

3.            Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah khusus2 yang dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud; 

"Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH,maka ikutlah aku, nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu, Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang." 

Dan bukan pula menyambutnya dengan mengadakan acara yang bercanggah dengan Islam umpamanya bercampur gaur lelaki perempuan berarak menyambut Maulid Nabi. 

4.            Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena mengingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut merah, Nabi sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa(amalan berpuasa)."
Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwaagama. Maka sudah tentulah kita umat Islam lebih2 lagi perlu mengingati kelahiran nabi. 

5.            Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana firman ALLAH; 
"Dan apa2 yang datang daripada Rasul , maka ambillah. Dan apa2 yang ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah." 

6.kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak nabi. maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah Berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana. 

7.Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang bergelar Rasulullah dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri. 

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH