Monday, February 28, 2011

MALAM PENUH CAHAYA

Syukur alhamdulillah, pada malam yang penuh dengan keberkatan ini pintu hati aini telah diberikan petunjuk oleh allah untuk pergi ke majlis sambutan maulidur rasul peringkat universiti yang di adakan di kampus UiTM Khazanah Alam ini. Ya allah, sambutannya juga cukup menggalakkan sekali di mana semua ruangan kerusi yang disediakan penuh dengan bilangan pelajar yang hadir. Ia merupakan satu anjakan paradigma yang cukup memberi kesan kepada kami sebagai seorang manusia yang bergelar muslim dan muslimah sekaligus menggalas tanggungjawab sebagai seorang siswazah juga.

Dalam program yang disusun atur itu, satu slot ceramah yang amat di nanti-nantikan oleh kami semua iaitu ceramah yang bertajuk "Cahaya Cinta Rasulullah". Wah, apabila di lihat kepada tajuk yang di berikan itu, pasti semua yang mendengarnya merasakan tidak sabar-sabar untuk meneruskan perhatian mereka sepanjang program dijalankan. Apa yang lebih menggembirakan lagi, penceramah yang diundang khas untuk memberikan kami semua ilmu itu merupakan salah seorang pensyarah yang cukup di kenali oleh para siswazah bukan kerana rupanya yang kacak, suaranya yang lunak malah ia turut di tambah dengan pakej lain iaitu kredibilitinya untuk memberikan ceramah yang cukup berkesan sekalugus mampu menarik perhatian pendengar sepanjang ceramah diberikan. em..Bukan mudah untuk berbuat sedemikian ye.. Apatah lagi, ini merupakan ceramah agama yang calang-calang kali mahu di dengari oleh remaja zaman teknologi ini. 

Ok lah, di kesempatan ini juga aini ingin kongsikan sedikit ilmu yang aini dapat sepanjang ceramah itu berlangsung..Semoga ilmu yang sedikit cuma ini mampu memberikan input yang mendalam bukan sahaja buat dipraktikkan tika ini malah di masa-masa akan datang.Insya-allah..

7 SUNNAH RASULULLAH

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi S.A.W itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin itu terletak pada tahajuddinnya.
Kedua: Membaca Al-Quran, sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan Tinggalkan Masjid, terutamanya di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun, langkahkanlah kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzim tetapi panggilan allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid allah.
Keempat: Jaga Solat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuhanya.
Kelima: Jaga Sedekah Setiap Hari, allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga Wudhu, terus menerus kerana allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib," orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah"
Ketujuh: Amalkan istighfar, setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Alhamdulillah, inilah ilmua yang ingin aini kongsikan buat semua rakan-rakan yang aini sayangi sekalian. Semoga kita sama-sama dapat mengamalkan sunnah rasulullah tersebuat dan semoga kita adalah di kalanag umatnya yang akan mendapat syafaat daripada baginda. Amin..

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH