Saturday, February 26, 2011

MY ASSIGNMENT

Wah..cerah sungguh hari ini bagaikan cerahnya hati aini tika terjaganya daripada tidur. Deringan alarm telefon bimbit aini telah menyedarkan aini daripada lena yang cukup berkuailiti malam tadi. Agak sukar untuk aini merasai nikmatnya tidur yang sebegitu rupa. Memang benar aini merasai tidur pada setiap hari tapi yang uniknya kali ini, aini merasai nikmat tidur yang tidak pernah aini rasai sebelum ini. Kenapa aini cakap kan begitu? Aini pun tidak tahu kerana ianya sukar untuk aini ungkapkan dengan perkataan .Ya allah, mungkin inilah salah satu nikmat yang allah mahu tunjukkan kepadaku akan kebesaran-Nya. Aini terharu dan menadah tangan tanda kesyukuranku keatas yang Maha Esa. 

Hari ini aini mahu menceritakan perihal yang remeh je tapi jari ini terasa rindu pula untuk menaip di atas keyboard ini. Itu yang dituruti kehendak jari yang telah banyak membantu aini selama ini. 

Sekarang aini tengah sibuk untuk memikirkan dan kemudian membuat keputusan tentang assignment aini yang akan aini present tidak lama lagi. Walaupun ia adalah tugasan berkumpulan tapi aini rasa ia harus dipandang serious juga. Kerana ia melibatkan pemarkahan akhir iaitu "carrymark". Dibawah subjek "extension", Aini ditugaskan untuk membuat satu demontrasi berkenaan dengan agriculture. Tak jelas lagi? Mai aini terangkan dengan lebih lanjut.hehe.

Memandangkan aini belajar dalam bidang pertanian dan pengurusan ladang, aini di tugaskan untuk mengkaji teknologi terbaru yang memudahkan ramai pekebun-pekebun diluar sana dalam usaha meningkatkan lagi pengeluaran produk dan pulangan wang pendapatan mereka. Oleh yang demikian, aini diibaratkan sebagai seorang pegawai extension atau pegawai pertukaran bagi petani mahupun pekebun. Daripada maklumat baru yang aini perolehi itu aini akan sampaikan ia kepada para petani untuk mereka cuba cara dan kaedah tersebut. Penyampaian tersebut mestilah jelas dan menepati kehendak penduduk setempat agar mereka boleh menerima apa maklumat yang aini bawakan buat mereka. 

Permasalahannya sekarang aini masih belum menjumpai maklumat berkenaan teknologi baru yang akan aini terangkan kepada para pekebun dan penduduk kampung itu. Walaubagaimana sekalipun, aini akan cuba yang terbaik dalam usaha menyiapkan assignment aini ini bukan hanya sekadar siap tapi ia memenuhi kehendak dan syarat yang diperlukan oleh pensyarah yang akan menilai dan sekaligus memberi markah kepada aini dan rakan-rakan yang lain..

sekadar berkongsi hal yang tidak seberapa. hehe..da...

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH