Monday, February 14, 2011

AKU DIKEJUTKAN DENGAN SUARA TANGISAN..

Syukur alhamdulilah, heningnya pagi ini masih mampu untuk aini rasakan sebagai salah satu agenda rutin dalam kehidupan. Sepoi-sepoi tiupan angin menghempas pipi aini ini membolehkan aini merasai nikmatnya hidup di alam yang serba indah. Mata yang baru sahaja surut daripada limpahan airnya kian terasa pedih dek sapaan angin yang melintas tika fajar menjelma. Aini jua pasti bahawa perasaan yang seperti ini pernah timbul dalam diri kalian yang mendorong kalian bersyukur dengan ciptaan allah Yang Maha Sempurna. Sering kali juga mulut ini mengucapkan zikir-zikir ringkas agar segala dosa dan kesalahan yang pernah aini lakukan sepanjang hidup ini sama ada nyata mahupun tidak nyata, dapat diampunkan oleh Yang Maha Kuasa. Hati ini merintih untuk selalu diberikan petunjuk dan terlindung daripada kejahatan dan kemaksiatan. Tapi sebagai lumrah manusia yang tidak pernah lari daripada melakukan dosa, iman yang tinggi menggunung pun tidak mustahil akan kecundang.. Itu la yang amat aini takutkan daripada berlaku dalam kehidupan aini ini. Cukuplah sekadar pengalaman yang pernah terjadi di sekeliling aini yang sudah membukakan pintu taubat agar aini memasukinya.

Aini rasa sudah agak jauh aini berbicara sehinggakan apa yang sebenarnya aini ingin ceritakan masih tidak aini ungkapkan buat tika ini . Tapi hanya satu niat di hati ini dimana aini ingin bermuhasabah diri dan sekaligus mengajak kalian untuk melakukan perkara yang sama hanya untuk beberapa minit atau pun saat.. Sesungguhnya dengan bermuhasabah, insya-allah segala dosa-dosa kecil yang pernah kita lakukan akan diampunkan oleh allah s.w.t. sepertimana hadith:


عَنِ ابْنِ عَمْرُو عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : أَفْضَلُ المُهَاجِرِيْنَ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَىاللهُ تَعَالَى عَنْهُ - رَوَاهُ الطّبَرَانِي - حَدِيْثٌ صَحِيْحٌ - الأحَادِيْثُ الصَّحِيْحَة / 1491 - انظر : صَحِيْحُالجَامِع الصَّغِيْر - للألباني
Daripada Ibnu Amru daripada Nabi SAW sabdanya : Sebaik-baik orang yang berhijrah, ialah orang yang berhijrah (meninggalkan) apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT. (HR al-Tabaraniy - Hadis Sahih - Himpunan Hadis-Hadis Sahih No. 1491 - Lihat Sahih al-Jami’ al-Saghir - Oleh Al-Albaniy.

Oleh itu, sama-samalah kita bermuhasabah diri, adakah kita memilih untuk ke Syurga atau memilih untuk ke neraka? Sama-samalah kita berazam untuk mengubah diri kita. Semoga apa yang ingin aini sampaikan untuk kali memberi sedikit sebanyak peringatan buat diri aini dan juga saudara-saudara seagama dengan aini..wallahua'alam. Sesungguhnya diri ini begitu kerdil dihadapan Allah Yang Maha Agong


Berbalik semula kepada apa yang ingin aini ceritakan sebentar tadi. Sedari mula aini melelapkan mata dan meletakkan kepala di atas bantal, fikiran ini masih tidak keruan. Mengapa? Aini juga tiada jawapannya. Hampir berjam-jam aini cuba untuk membawa diri ke dalam alam mimpi. Alhamdulillah, aini akhirnya terjaga di subuh hari. Tapi kali ini aini rasakan kejanggalan yang teramat dalam hidup kerana tangisan syahdu yang mengejutkan aini. Bulu roma kian meremang dek perasaan takut yang tiba-tiba muncul dalam diri. Bibir ini tidak henti-henti melafazkan zikirullah agar hati yang lemah ini mendapat bantuan dan perlindungan daripada Yang Maha Esa. Setelah hati ini kian reda resahnya, aini cuba beranikan diri untuk mencari dari mana datangnya tangisan tersebut. Langkah demi langkah aini aturkan langkah untuk mengenalpasti arah datangnya suara yang kian menusulk qalbu ini. Syukur alhamdulillah, allah menemukan aini akan apa yang aini cari-carikan..


Lantas dengan itu, aini terduduk di lantai dan tanpa disedari air mata kian membasahi pipi. "Ya allah, apakah ini petunjuk buatku agar aku dekatkan diriku kepada-Mu Ya Allah". Kini tangisan ini bertukar kepada esakan. Pilunya hati ini setelah melihat apa yang baru sahaja aini temui. Aini tidak mampu menghampiri apa yang aini perhatikan itu kerana kaki ini bagaikan kaku dan terpaku. Apa yang aini mampu lakukan adalah menangis, menangis dan terus menangis.

Tidak dapat aini ceritakan disini akan apa yang aini lihat di subuh hari itu. Tapi cukuplah sekadar aini nyatakan bahawa ia adalah petunjuk dan hidayah allah kepada aini. Kesannya tidak mungkin akan aini lupakan sampai   bila-bila. "Ya allah, kau tundukkan lah hati-hati kami kepada-Mu agar kami tidak pernah berpaling daripada suruhan-Mu walau sesaat lamanya."



No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH