Monday, February 28, 2011

                                 SUASANA DALAM PERJALANAN MENUJU KE LADANG


Happening!!! Itu lah yang dapat aini suarakan ketika gambar ini di rakamkan. Pada tika ini, jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Kemana ye aini dan kawan-kawan nak pergi di saat matahari tegak berdiri di atas kepala. hehe. Em, untuk pengetahuan semua kami sedang asyik dan berkobar-kobar untuk pergi ke ladang bagi menyertai aktiviti "explorace" yang dianjurkan oleh student Diploma Pengurusan Ladang generasi ke-43. Apa yang amat mengembirakan kami ialah kami dijemput sebagai tetamu terhormat dan kami diarahkan untuk mengendalikan satu checkpoint sepanjang track yang telah disusun atur oleh para fasilitator program survival camp itu. Seronok!!!

Memandangkan ini sem terakhir aini bersama rakan-rakan yang lain, aini rasa masa yang indah seperti ini sukar untuk diabadikan di masa akan datang. Aini sendiri tidak tahu sama ada aini akan merasai detik-detik kegembiraan ini ataupun sebaliknya. Semoga gambar-gambar yang telah diambil ini mampu menjadi pengubat rindu tika memori silam kembali bertandang suatu ketika nanti.

Apa yang pasti, kiriman doa buat rakan-rakan yang aini amat sayangi ini tidak akan putus aini tadahkan. Semoga kehidupan kami sentiasa dirahmati oleh-Nya dan terpelihara kami daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang. Amin.

Sebelum aini menutup topik ini, aini ingin memberitahu nama rakan-rakan aini yang terdapat didalam gambar di atas. Sebagai ingatan buat aini juga dimasa akan datang, insya-allah.

Sedari kiri: shiela (roomate aini), farhana, hajar aminah, hehe, norsyuhada, adawiyah, afizah, dan nurul ain. Dan tidak dilupakan lagi seorang lagi rakan aini yang penting kiranya ketika gambar ini dirakankan iaitu cemera women ni... nurul atirah. insya-allah nanti aini serta kan sekali ye..

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH