Monday, May 16, 2011

LAGU HARI GURU- GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
 
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979
 
Dulu masa aini di sekolah rendah lagi, sajak ini la yang menjadi hiburan di hari guru. Hampir tiap-tiap pelajar akn mendeklamasikan sajak ini. Tersentuh bukan??
 
 
 
"Selamat Hari Guru" 


buat semua guru warga SKSSJ dan SMKTSSJA


"TERIMA KASIH CIKGU!!"


atas segala ilmu yang dicurahkan
terima kasih kerana cikgu
setia memberikan ilmu kepada kami
walaupun kadang kala
sikap kami yang memeningkan cikgu

jasamu amat berguna buat kami semua
kerana
tanpamu cikgu
siapalah kami di muka bumi ini

kerana  pengorbanan dan jasa
 cikgu yang tercinta
kami menjadi seorang manusia
yang berguna untuk masyarat dan negara

TEMA HARI GURU


Setiap 16 Mei tiap-tiap tahun adalah Hari Guru. Guru sering diibaratkan lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Ia mengingatkan kita pengorbanan guru dalam melaksanakan agenda membentuk insan bergelar pelajar agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. 

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
 
Selamat Hari Guru. 

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru Dengan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
1977 Dedikasi Dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembena Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan Dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 

setakat tu je yang aini tahu..hehehe

Saturday, May 14, 2011

ALONG YANG AINI CINTAI



Gambar yang cantik kan? Begitu la gambaran yang aini nak kalian tahu tentang kakak aini. Beliau seorang yang cantik, baik, berhati mulia dan penyayang. Sudah 21tahun rupanya aini punyai akak seperti along. Selama ni mungkin aini tak perasan di mana baiknya dia tapi setelah sekian lama aini meratapi dan merenung kembali apa yang telah beliau lakukan kepada aini, jelas, terang lagi bersuluh beliau adalah kakak yang unggul yang dipinjamkan oleh allah buat aini dan adik beradik yang lain. Syukur ya allah...

Aini nak tunjukkan gambar along yang sebenar tapi sudah menjadi tabiat kami sekeluarga yang jarang dan tidak gemar bergambar ni, jadi tiada la gambar beliau.. Tapi gambar yang aini sertakan diatas tu, tidak lain tidak bukan menunjukkan keperibadian along. Ha sebelum aini terlupa, aini ingin memperkenalkan serba sedikit mengenai kakak aini yang amat-amat aini cintai ni..Nama beliau ialah Nik Norzilawati Mustapha Algharji. Berusia 25 tahun sekarang ni. Masih bujang kerana beliau seorang yang gigih mencari rezeki bagi membantu keluarga yang dicintainya. Pernah aini bertanyakan kepada along bila agaknya dia nak mendirikan rumah tangga. Jawab beliau, tunggu la sehingga dia melihat keluarganya mampu gembira dengan keselesaaan hidup yang sementara ini. Jodoh itu hak allah. Jika sudah sampai serunya nanti, insya-allah along akan berkeluarga dan along akan melayari mahligai tersebut dengan melimpahkan selautan kasih sayang. SYAHDU BUKAN?? Itulah along aini. Aini bangga punyai along seperti along. Along sanggup berkorban apa sahaja untuk ibu ayah, dan adik beradik yang dia amat cintai.

Along..along tiada bandingannya daripada yang lain.. ani doakan along mendapat kebahagian di dunia dan akhirat. Semoga pengorbananmu ini mendapat belasaan berlipat kali ganda daripada allah s.w.t..amin....


Thursday, May 12, 2011

SUNYI NYE...


Assalamualaikum..em lama nye tak menulis kat blog ni..Seingat aini, last aini catat aktiviti harian aini ketika aini dah nak final exam.Sedar tak sedar kini dah hampir seminggu aini duduk kat kampung setelah tamat menduduki paper terakhir dalam final exam. Rasa rela tu memang la yang utama kerana setelah 3 tahun berhempas pulas mentelaah ilmu pinjaman daripada allah, alhamdulillah akhirnya berakhir juga. Insya-allah keputusan peperiksaan akhir ini akan diumumkan pada 25hb mei ini. Nanti ia akan bertukar kepada debaran pula.hehe. Doa lah yang menjadi peneman aini buat tika ini agar allah memberi kejayaan yang cemerlang kepada aini dalam peperiksaan tersebut..amin..

Em, alhamdulillah juga pada tanggal 7 mei baru-baru ini genap usia aini 21tahun. Tidak putus-putus zikrullah dibibir ini kepada allah s.w.t kerana telah meminjamkan aini usia ini agar aini bisa melihat dunia dan menikmati kehiduapan yang tidak akan aini jumpai dimana-mana. Pengalaman hidup selama 21 tahun ini aini amat aini hargai dan aini rasa ia masih belum cukup untuk aini bersikap matang. Masih banyak yang aini perlu pelajari untuk lebih berdidikasi dalam kehidupan ini. Apa yang aini fikirkan kini, bagaimana harus aini menjadikan diri aini mulia di pandangan allah tapi hanya di[pandangan manusia. Aini ingin diri aini menjadi seorang insan yang sentiasa rindukan Dia Yang Maha Esa melebihi rindu aini terhadap manusia. 

kini dilema aini adalah mencari kerja. Yela hampir 4 bulan aini akan duduk di rumah kerana pengambilan untuk memasuki degree pada bulan 9 nanti. Puas jugak la kan nak mengganggur ni. Dan fikiran ni pening nak pilih apa dan dimana. Gajinya tak kisah la asalkan aini selesa di situ dan boleh menerima situasi persekitaran di sana juga.

Doa daripada kalian amat-amat aini tagihkan. wallahua'alam..

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH