Tuesday, August 28, 2012

BUAT BAIK DIBALAS BAIK


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..

Syukur alhamdulillah, malam ini aini berkesempatan untuk mencoretkan serba sedikit apa yang sudah lama tersurat dalam fikiran aini ni.. Mungkin ia sudah dianggap seperti perkara biasa tetapi bagi aini, saling ingat-memperingati itu adalah satu amalan yang murni dan patut untuk kita amalkan dalam kehidupan walau dalam apa jua keadaan..Insya-allah..

Gambar di atas tu aini paparkan untuk menguatkan lagi tajuk cerita yang ingin aini bawakan pada malam yang sungguh dingin ini. Semoga ia serba sedikit dapat mendidik hati sanubari kita dalam menjalani kehidupan di hari-hari mendatang..

Sahabat-sahabat yang aini kasihi sekalian, pasti kita selalu menginginkan layanan yang baik dari setiap orang terhadap kita bukan???Apa perasaan sahabat sekiranya layanan yang kita hulurkan itu dibalas dengan layanan yang dingin dan mengguris hati serta perasaan. Setiap apa yang ingin kita luah dan ucapkan itu penuh hati-hati untuk dituturkan, tetapi apa yang kita dapat daripada mereka adalah pahit dan kesat..Masya-allah, sayunya hati itu kan.. 

Cuba kita bayangkan juga sekiranya layanan itu ibu bapa kita yang terima.. Sedih juga bukan? Jadi dikesempatan ini, aini ingin sama-sama menasihati diri aini sendiri sekaligus mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk sedar dan berfikir terlebih dahulu akan perasaan setiap insan yang bakal kita sakiti.. Insya-allah sahabat, allah telah menjanjikan balasan yang baik di atas setiap amal kebajikan yang kita telah lakukan.. Niat tanpa sempat bertindak pun tetap diberikan ganjaran oleh Allah, apatah lagi sekiranya kita benar-benar melakukannya..

Insya-allah, semoga kita sentiasa beringat dalam setiap apa yang ingin kita lakukan.. Hati yang kecil tidak mustahil akan mengalami kecederaan yang amat parah sekali walau dengan segaris torehan...



Saturday, June 16, 2012

DINNER KAMI DI SEMESTER 3

Assalamualaikum semua...

em...dah lama aini simpan draft untuk post kali ni. Belum ada kesempatan untuk aini bercerita dengan lebih lanjut mengenai agenda-agenda semasa majlis makan malam fakulti kami di semester 3 ni..

Sambutnya boleh tahan hangit la, tapi agak malang sikit rasanya kerana sambut daripada kawan-kawan semester aini amat-amat menduka citakan. Tapi apa-apa pun syukur juga la dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana memberikan kelancaran sepanjang majlis ini berlangsung. 

Majlis yang di jadualkan pada pukul 8 malam ini akhirnya bermula selepas isya' juga la. Majlis berlangsung di Dewan Sri Budiman yang terletak agak jauh daripada kolej kediaman kami. Jadi kukuh la alasan kami yang datang memang lewat ketika tu. 

Tapi, dalam lewat-lewat pun kami ni, sempat lagi berposing2 sepanjang jalan untuk ke tempat yang hendak dituju. hehe. Dibawah ni la antara gadis-gadis pingitan yang comel-comel belaka. 





kak akma..ayu...







Tema majlis makan malam kami pada semester ini ialah "Lavender Night". Rasanya, 1-2 km dari pintu dewan ni, kami dah dapat menghidu bau haruman lavender tyang telah ditatap hias oleh senior2 part 6 aini. Walaupun mereka sudah di semester akhir tapi masih lagi berkesempatan mengadakan majlis ini untuk membuktikan mereka adalah abang-abang dan kakak-kakak yang sayangkan adik-adik mereka ni..Tahniah kalian...


hajar dan kak akma..







Hero2 part aini ni. Turut memberi sokongan pada malam tu. Enjoy je aini tengok mereka ni. Lapar tu tunggu turn nak ambik makanan...sabar na....


syazwan, ary dan ezhar


hafiz (Bodeng)


ema cantik..jangan main2 tau..tunangan orang ni..



Kakak2 senior daripada part 6. ni semester akhir mereka bersama-sama kami di majlis makan malam seperti ni. "Kak, kalau nak makam macam ni lagi, akak sambung master ye..nanati kami raikan akak-akak lagi, Insya-allah...."hehehe.



Pencuci mulut yang disediakan ialah bubur kacang. Memang makanan kegemaran aini la nampaknya, tapi dek kerna perut dah kenyang, hanya sesuap dua je yang mampu di telan...Tapi jujur aini cakap, sedap bubur ni....Kalau boleh tapau untuk bawak balik, pasti aini la orang yang akan berbuat sedemikian tu..hehe





Tu dia penyanyi daripada part ini yang membuat persembahan pada malam tu..Hermah dan Orlando...
Hebat ba suara mereka ni..Masing-masing datangnya daripada Sabah di bawah bayu...





Selesai sahaja kami menjamu selera, dengan pantasnya kami mengundur diri untuk pulang. Bukan apa, kami ada test awal pagi keesokan harinya. Tak mengapalah kan, datang tunjuk muka dan sedikit sebanyak menyokong events yang diadakan ini. Secara keseluruhannya, aini boleh conclude kan disini bahawa, dinner kali ini "best".. hehehehehe



Dalam perjalanan pulang pun, sempat lagi kami menghabiskan masa untuk bergambar.. Ini;ah antara muka-mukan kawan-kawan aini yang kekeyangan dan kegembiraan di malam hari.. Semoga jumpa lagi di semester akan datang....Insya-allah....

Saturday, May 5, 2012

Aku Bukan Perempuan Itu


Assalamualaikum dan selamat malam sahabat sekalian, aini ingin berkongsi article ini yang aini petik daripada laman i luv islam. semoga ia amat-amat memberi kita pegajaran yang berguna. Aini rasa besar sungguh nilai seorang wanita itu sekiranya kita mampu menjaga diri kita seumpama ini. Hati ini tidak mampu jika ia tidak di didik dan di latih. Ya allah, kuatkan hati ini dan jangan pernah Kau ambil dariku nikmat dan hidayah pinjaman-Mu ini.....

SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL

Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..

Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.

Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.

Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat.. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!

Hasbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.
Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.

Tatkala perempuan lain megah memaparkan gambar di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku.

Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita.

Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.

Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong.

Tidak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli sedangkan Dia adalah Pencipta?

Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku kerana rupa.

Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa yang harus ku utarakan saat Dia bertanya kelak.

Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan bergaduh, aku terasa begitu hina! Seolah-olah aku hanyalah barang yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia.

Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak.

Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu 'anhu, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak.

Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin rosak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha. Ini baru aku.

Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan. Itu bukan aku.

Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat.

Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan bila mahu bertemu pacarnya.Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!

Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti.

Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan kudis yang semakin membusuk pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.


Tatkala perempuan lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu.

Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu Fardu Ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya.

Mencontohi Saidatina Aisyah a.s yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.

Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka.

Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan 'dia' telah ditakdirkan buatku. Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.

Tatkala perempuan lain ada yang materialistik terhadap wang. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala. Mahu akaun akhirat kaya dengan amal soleh. Setiap detik bagiku amat berharga untuk aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. Kerana aku mahu menjadi wanita syurga! Itu bukan sekadar madah penyedap kata. Bukan sekadar omong kosong. Ini cita-cita tertinggi aku.

Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh ke hadapan. Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di tempat Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya? Atau mungkin aku akan lari atau mungkin aku akan... entah. Aku menangis...

Aku mahu seperti Rabi'ah al-Adawiyah. Cintanya terhadap Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira. Benar reda dan tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi hamba kepada raja yang zalim.

Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia di hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. Tetapi aku... Aku menangis lagi..

Aku menangis.. Menangis.. Menangis.. Namun, tangisan ini membuatkan aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku bukan perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan perempuan yang begitu. Lembik. Lemah!

Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan perempuan yang penakut dan pengecut! Aku bukan perempuan yang mudah kalah terhadap cabaran!

Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.

Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.

Aku tidak mahu neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang mahukan syurga.



Wednesday, April 25, 2012

DAH HARI KEDUA DAH NI...BEST SANGAT

Alhamdulillah, sudah masuk hari kedua juga kami disini..Awal-awal pagi lagi kami sudah bangun untuk solat subuh berjemaah. Best sangat suasana di sini. Kami sudah seperti adik beradik sendiri.

Selepas siap bersarapan, kami terus bersiap2 untuk aktiviti yang telah dirancang. Untuk hari ini kami akan melawat kawasan empangan di cameron ni. Kawasan itu juga merupakan kawasan punca air bagi penduduk setempat dan juga boleh dikatakan seluruh Malaysia.

Lawatan kami ini tidak lengkap sekiranya tidak bergambar. Pantang aje nampak sala seorang daripada kami yang memegang camera, pasti ada sahaja posng yang mula ditonjolkan. hehe. Tengok aje la gambar-gambar yang aini dh uploadkan itu.. Semuanya comel2..
Ini semua classmate aini..baik2..cantik2...sopan2...dan semuanya ada la pada mereka ini..

Bila dh sampai di kawasan empangan, kami terus la bergabar sakan sementara menunggu pegawai daripada Tenaga Nasional Berhad datang untuk memberikan taklimat ringkas kepada kami semua...

Ini kawan2 aini daripada semenanjung dan juga daripada sabah dan sarawak...aduh, mesra gitu kan kami ini, udah seperti satu family besar..hehe
                           
Setelah selamat sesi di empangan tadi, kami dibawa pula ke bharat tea cameron highland untuk lawatan seterusnya. Aduh, letih sangat di sini.Apa tidaknya kami di suruh menuruni cerun hampir 5km untuk menjalani aktiviti pembelajaran kami. Tapi semuanya seronok kawan2...best yang teramat....alhamsullilah..
Sebelah petagnya pula, kami sudah kehabisan aktiviti. Kami diberitahu bahawa ada diskusi bersama lecturer pada pukul 3ptang berkenaan, tapi dek kerana keletihan yang teramat, hampir kesemua daripada kami tewas di atas tilam yang boleh dikatakan empuk itu.hehe..Alhamdulillah diskusi dibataklan pada petang itu dan ditangguhkan pada malam nya pula..
Pada pukul 4 ptang pula, kami dibawa berjalan2 oleh pakcik bas yang sangat baik itu ke cactus valley yang tidak berapa jauh daripada tempat kediaman kami. Puas bergambar la kami disana.. SEKIAN....

Monday, April 23, 2012

Sehari di Cameron Highland

Assalamualaikum dan selamat malam saudara-saudara aini...

Udara sejuk yang aini rasakan saat ini amat-amat mengubat rasa rindu aini terhadap Cameron Highland. Hehe, niat sebenar aini ni nak bitahu sahabat-sahabat sekalian yang aini sekarang berada di Cameron Highland yang indah nyaman ni.. Subhanallah, walaupun sudah berkali-kali juga aini sampai ke sini tapi cinta aini terhadap bumi Cameron ini tidak pernah pudar..hehe, ewah...Keindahan yang aini lihat di sini sungguh aini kagumi dan aini rasa tidak akan pernah aini putus cinta dengan ciptaan allah ini. 

Sebenarnya lawatan kali ini bukan lah mengasyikkan sangat pun. Tapi memandangkan lawatan ini lawatan pertama aini semenjak berada di degree ini, sehabis boleh la aini dan kawan-kawan membuatnya semeriah yang mungkin. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, lawatan ini adalah under subject soil conservation.. Salah satu subject yang aini ambil untuk semester ini. Ya allah, mencabarnya subject soil ni hinggakan kami rasa agak tertekan sepanjang semester. 

Nak cite lebih-lebih pun aini tak tahu nak merepek apa lagi. hehe. Ha, mai aini tunjukkan serba sedikit gambar kawan-kawan aini sepanjang lawatan yang baru sahaja bermula hari ini.. Banyak masa dihabiskan dengan bergambar dan duduk di dalam bas sebenarnya....

ok, ni gambar semasa kami baru je sampai ke fakulti sementara tunggu bas tiba...

biha dan hana yang tak sabar-sabar nk berangkat tu..

mereka lagi..pantang nampak camera

bila bas datang je, merebut semuanya..hehe

sesi fotografi sebelum bertolak..

ramai betul pak cik bas yang nak ambik gambar..banyak posisi la..hehe

lagi-lagi diorang.. 
di bawah pohon tol rawang, selepas berhenti breakfast.

ni dia ekin dan hajat..amboi....gedik ba mereka ini..

nampak tu..mereka lagi...dengan pokok pun jadi...

ni pula ekin dan nor...

semasa berhenti makan di brinchang...

dah kenyang..gambar tak pernah lupa

comel-comel kan kawan-kawan aini ni...ayoyo...

ni dia bukti kami di brinchang...tratratara.....

dh nak gerak ke site lawatan seterusnya..happy tetap kena ada..hehe

dalam kelas diskusi bersama lecturer kami..sempat lagi tu...hehe
Baik la sahabat aini sekalian, ni saja la yang sempat aini kongsikan buat masa ni. Kwan aini ynag laindh mula berselubung dah tu.. Aini rasa cemburu ni..
Esok pula kami sudah direncanakan dengan aktiviti yang agak padat juga.. Hehe.. ok, insya-allah di lain kesempatan aini coretkan lagi ye..

senyum2 selalu.....wassalam

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH