Monday, February 28, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI


Dah lama rasanya aini post gambar ni dalam blog aini ni. Tapi masa masih belum mengizinkan untuk aini menulis serba sedikit cerita mengenainya. Nak kata sibuk belajar pun tidak jugak. Mungkin belum ada idea yang cukup untuk aini luahkan.Hehe...

Baiklah, inilah event yang pernah aini dan rakan-rakan kendalikan iaitu "Majlis Makan Malam Alumni DPIM". Tapi majlis ini telah lama berlangsung, kalau tak silap aini akhir tahun lepas. Semasa aini berada di semester 5. Ya Allah, seronoknya perasaan ini ketika selesai majlis yang telah dirancang hampir berbulan-bulan lamanya. Liku-liku dan pelbagai ujian telah kami hadapi untuk menjayakan events yang amat kami nanti-nantikan ini. Ye, sudah menjadi lumrah untuk mencapai sesuatu yang bermakna itu, pasti akan disulami dengan cubaan dan dugaan. Walaupun aini hanya sekadar membantu tugasan-tugasan yang telah diaturkan itu, aini dapat pelajari banyak ilmu baru yang boleh aini gunakan di masa akan datang. Insya-allah.. 

Persepakatan antara rakan-rakan aini inilah yang menjadi penyumbang utama atas keberhasilan events ini. Dan sudah menjadi asam garam dalam sesuatu pekerjaan yang di aturkan oleh manusia yang juga tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, pasti akan tercatitnya kekurangan yang azali. Itulah buktinya allah Maha Berkuasa akan sesuatu yang diciptakan-Nya.

Walaubagaimana sekalipun, aini bersyukur kepada Yang Maha Pencipta kerana menjadikan progran ini sebagai pengikat hubungan silaturrahim antara kami satu batch. Mungkin pengalaman seperti ini akan dialami sekali seumur hidup dan tidak mustahil juga ia akan terjadi sebaliknya..

Semoga detik-detik kegembiraan ini akan sentiasa mekar dalam ingtan aini dan rakan-rakan yang amat aini cintai. Hanya doa yang akan aini dikirimkan walau jasad berada jauh nun dek halangan.
Terima kasih atas kurnian ini Ya Allah.. 


No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH