Wednesday, February 23, 2011

Sukarnya nak dicapai apa yang di depan mata. Kalau ia tidak di kehendaki, datangnya pula bagaikan deru-deru tiupan angin. Kerap kali dan membuatkan hati insan yang merasakan nikmatnya tersenyum manis. Itulah uniknya kehidupan..Yang sukar itulah akan lebih dihargai daripada apa yang datang bagaikan bergolek dan melayang.

Tika mata ini ingin menggapai pandangan nun jauh di sana, datang pula halangan yang membuatkan semuanya tidak lagi kelihatan. Puas dicari apa, dimana, kenapa dan bagaimana punca semua ini berlaku. Adakah semuanya atas silap diri ini atau ujian yang tak henti-henti mahu menduga.

Sedetik masa ku ambil untuk bermuhasabah diri ini.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH