Wednesday, November 16, 2011

JAUH LAGI KE KEHIDUPAN KITA YE?

Assalamualaikum muslim muslimat sekalian..

Jarang-jarang je aini menulis kat sini kan...Malu jugak, tapi keadaan memang tidak mengizinkan. Kehidupan aini bukan hanya berlandaskan pada satu pekerjaan sahaja kan. Tapi apa yang pasti jangan sesekali kita menjarang-jarangkan kewajipan kita terhadap Yang Maha Pencipta. Lain pula jadinya tu. Bukan sahaja kita akan dapat dosa malah pasti kehiduapan kita sepanjang hari ini akan menghadapi hari-hari yang sukar.Aini sekadar menasihati diri ini dan sahabat-sahabat aini sekalian ye. Tiada apa yang tersirat dan tersurat pun..

Baru sebentar tadi aini mengikuti satu ceramah yang dianjurkan oleh pihak kolej, yang bertajuk "Perhentian Terakhir". Apabila baca tajuk yang tertulis pada kat jemputan tu, dah terasa ada yang memanggil..Bukan sahaja memanggil untuk pergi event tu tapi seperti ada sesuatu yang tersirat..Wallahua'alam..Ya Allah, hamba-Mu ini masih tidak punyai amalan yang cukup untuk dibawa sebagai bekalan ke sana. Bagi la aku peluang bagiku untuk mendalami ilmu-Mu yang Maha luas ini. Lumrah hidup ini, pasti kita lupa dan alpa dengan apa sahaja yang disajikan kepada kita kan.. Tapi hanya satu perkara sahaja yang mampu untuk membawa kita kearah kebaikan, itupun tidak berpanjangan sekiranya kita sendiri yang tidak pandai mendidik jiwa kita dengan perkara tersebut..Apa yang aini maksudkan dengan perkara tersebut ialah..IMAN..

Daripada apa yang aini dengarkan tadi, dapat aini konklusikan...hidup ini memang sementara.. Seperti apa yang diperkatakan oleh ustazah tadi..Kita ini tidak ubah seperti pengembara yang hanya mengembara di dunia ni sementara dan dalam masa yang sama, kita harus mengumpul bekalan yang cukup untuk mengharungi dugaan dan cabaran di masa depan yang tidak pernah kita fikirkan..

Jadi,marilah kita sama-sama renungkan ye sahabat...allah sentiasa sayang hamba-Nya yang menyayangi agama kita lebih dari segalanya..

 



No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH