Monday, June 17, 2013

♥♥♥ DIAM BUKAN BERERTI HILANG ♥♥♥


Assalamualaikum dan salam Saa'ban buat semua ye...

Lama sudah xmenaip kat blog ni..Bukan xberminat lagi dengan dunia blogging tapi keadaan tidak mengizinkan. Sejujurnya, (yeah..macam lagu pulakkan..) menulis ini adalah satu daripada minat aini yang tak kan pernah aini tinggalkan..Adakalanya, aini menulis bukan untuk dibaca oleh public tapi cukuplah sekadar aini meluahkan apa yang terpendam..Kalau ada perkara baik untuk dikongsikan, apa lagi....pasti aini akan berusaha untuk mengolahnya...

Blogging ni bukan mudah sebenarnya..Banyak komitmen yang perlu ditekankan...(xde apa yang mudah pun aini dalam hidup ni..hehe) Tapi, Allah dah bagi kita cukup masa sebenarnya..Cuma diri kita je yang memilih untuk membahagi-bahagikannya sama ada untuk kebaikan atau sebaliknya..Aini yakin, sahabat-sahabat yang membaca entry aini ni tergolong dalam golongan yang bijak mengurus masa...Dalam Quran pun memang dah jelas menyatakan:-



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Dalam keseronokan menulis tu juga, sahabat-sahabat kene selalu alert..Jangan sampai perkaran yang kita nampak simple tu boleh mendatangkan "padah" buat diri kita sendiri..Jangan keterlaluan dalam menulis..Jangan sesekali membuka aib orang..Jangan terlepas mengutuk orang walaupun dalam penulisan...Dan sesemangnya banyak lagi "JANGAN" yang perlu kita elakkan. Yang paling penting sekali, Jangan pernah ada terdetik dihati kita ni, menulis atau berbicara tentang sesuatu itu untuk menunjukkan kita baik, a'lim, hebat, bijak, dan sebagainya..Niat kita perlu diperbetulkan terlebih dahulu sebelum melalukan sesuatu..Kenapa? Kerana, kita mungkin akan kelihatan cantik, baik, hebat, bla..bla..bla. di mata manusia..Tapi pernah ke kita terfikir, apa corak, sikap, mahupun penilaian mengenai diri kita ini di kaca mata Allah..(Bukan maksudnya Allah ada Mata tau!!!:)

Insya-Allah, sekiranya niat kita tu suci, ikhlas dan ada sesuatu yang positif cuba disampaikan, pasti Allah angkat perihal tersebut dan menjadikannya sebagai amalan Ibadah kita...Sape tak nak pahala kan??? Walau dengan sepotong ayat juga sahabat-sahabat...Itu janji Allah..Terkesan je ayat yang kita taip tu di hati para pembaca, automatik Malaikat Raqib terus mencatatkan amalan kebaikan tersebut..

Insya-Allah, aini menulis entry kali ini juga buat diri aini sendiri..Ingat-mengingati sesama kita adalah amalan terpuji sahabat!!! Jangan dilihat siapa yang menyampaikannya...tapi lihatlah apa yang disampaikannya..Semoga bermanfaat..

♥♥ Sesunggugnya Aku Ingin Jadi Bidadari Syurga Mu ♥♥♥

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH