Saturday, April 21, 2012

MAKIN KAU BUKA, MAKIN KU TUTUP



Assalamualaikum, lamanyer tak menjenguk ke blog aini ni.. Banyak komitmen la katakan. Ha, sebab tu juga la aini sungguh kagum dengan para blogger di luar sana. Ada yang aini tengok tu, selang beberapa minit je mereka sudah pun "mengupdatekan" blog-blog mereka. Banyak sungguh masa mereka dan hebat betul mereka membahagikan masa mereka tu. Daripada pemerhatian aini juga, mereka itu bukan calang-calang orang. Ada yang bekerjaya, ada student dan ada juga daripada kalangan suri-suri rumah. Kalau nak diikutkan sibuk tu, aini rasa semua daripada kita ni akan merasakannya. Tapi itulah.... yang membezakan kita adalah bagaimana cara kita menguruskan masa-masa kita itu dengan sebaiknya.

Itu baru mukaddimah tu, hehe.Sebenarnya aini rasa terpanggil nak menulis mengenai wanita dewasa ini. Syukur alhamdulillah, semakin hari semakin ramai para wanita di luar sana yang mekin bijak untuk menguruskan penampilan diri. Sudah ramai yang aini lihat sudah mengenakan hijab di kepala meraka. Comel sungguh penampilan mereka itu sebenarnya. Ya allah, jujur aini katakan, mereka kelihatan jauh lebih cantik apabila mereka berpenampilan sebegitu rupa. Walaupun pada dasarnya kita berhijab itu bukan kerana kelihatan cantik atau untuk menonjolkan diri dalam kalangan kelompok masyarakat kita, tapi Islam itu sendiri mengajar kita agar sentiasa kemas dan perindahkan diri agar imej umat Islam itu sendiri akan dipandang mulia.   

Cuba kita bayangkan, sebaik-baik mana sekalipun kita ini tapi sekiranya kita tidak pandai menguruskan penampilan kita, pasti tiada siapa yang akan respect pada kita kan? Kalau ada pun, dalam kuantiti yang boleh dihitung dengan jari. Dan apabila kita bezakan pula dengan insan yang baik budi bahasanya dan baik penampilannya, bagaimana pandangan masyarakat terhadap mereka. Anda sendiri tau kan jawapannya, jadi aini rasa tak perlu lagi menulisnya di sini. hehe.



Insya-allah, semoga kita sama-sama istiqamah dalam melakukan semua kebaikan itu. Dalam masa yang sama, marilah sama-sama kita saling ingat-mengingati sesama kita untuk melakukan kebaikan kita agar kita terlepas daripada siksaan Allah kelak. Tidak guna sekiranya hanya kita yang berhempas pulas melakukan kebaikan tetapi kita mengabaikan insan-insan di sekeliling kita. Itu juga janji allah. Jangan keran nila setitik, rosak susu sebelanga. Dan tidak mustahil juga melapetaka itu akan menimpa diri kita walaupun kebaikan tidak pernah lekang daripada aktiviti seharian kita. Renungilah peristiwa-peristiwa yang menimpa negara-negara jiran kita sekarang ni. wallahua'lam....

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH