Monday, April 11, 2011

ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN INI


Assalamualaikum semua.. em pagi ini aini mulakan dengan penuh debaran kerana aini akan memduduki test speaking "muet". Ya allah, sesungguhnya hanya allah yang maha mengetahui akan segala-galanya tika mana aini berada di bilik menunggu. hehe

Aini terjaga seawal jam 5pagi. Awal kan???hehe. Bukan apa, semua ni dek kerana perasaan takut yang memonopoli diri aini tika itu. Jadi hanya kepada-Nya sahaja lah tempat aini mengadu nasib dan meminta pertolongan. Justeru itu, aini bingkas bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri bagi mengadap Yang Maha Kuasa. Sempat juga aini berqiammullail sejenak dan diikuti solat subuh. Azan kedengaran sayup-sayup tapi sebutannya masih jelas bagaikan ada yang uniknya di situ. Itulah kuasa illahi yang mana mahu menunjukkan kebesaran-Nya yang tiada tolok bandingnya.

Aini akan menduduki peperiksaan tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Pusat Jengka yang letaknya hanya di depan universiti aini belajar sekarang. Sudah hampir 3 tahun aini belajar di Jengka  khazanah alam ini, tetapi inilah kali pertama aini menjejakkan kaki ke sekolah tersebut. Indah, luas dan bersih sekali perkarangan sekolah itu dan secara tidak langsung menimbulkan perasaan rindu yang tidak terhingga ke alam persekolahan aini suatu tika dahulu.. 

Sesungguhnya kenangan menggamit memori sewaktu berada di alam berkenaan benar-benar bersemadi dalam ingatan yang tulus ini. 

Syukur alhamdulillah juga, segala yang di debar-debarkan sejak semalam lagi sudah pun sampai kepenghujungnya. Ujian speaking juga berjalan dengan lancar walaupun masih ada rasa ketidak puasan hati.hehe. 

Dan akhir sekali, ingin aini sematkan doa kepada illahi agar segala urusan yang sedang dan akan kita lalui sentiasa dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Kuasa.

Amin....

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH