Friday, April 8, 2011

HIKMAH PERKAHWINAN...

Perkahwinan adalah satu fitrah semulajadi manusia islam menggalakan perkahwinan kerana perkahwinan adalah sunnah. Hal ini telah ditunjukkan dan Rasullah SAW dalam kehidupannya dimana baginda sendiri telah berkahwin dan menjalani kehidupan berumahtangga.
Perkahwinan dalam islam mempunyai banyak hikmah yang perlu difikirkan kerana hikmah-hikmah perkahwinan inilah sebenarnya yang tidak difahami ataupun pasangan suami isteri hari ini tedak mahu memahami hikmah-hikmah ini.

Diantaranya ialah bagi menghalalkan pergaulan lelaki dan wanita mengikut panduan agama. Hiikmah inilah yang selalu tidak difahami bahawa pergaulan dan hubungan seks hanya boleh terjadi selepas perkahwinan yang sah. Perzinaan dan pergaulan bebas sehingga membawa kepada kehamilan diluar pernikahan adalah perkara yang amat terlarang dalam islam. Disebabkan kehendak hawa nafsu dan dorongan iblis maka ramai yang terjebak dalam kancah maksiat ini sebelum bernikah. Maka sudah tentulah islam mempunyai hikmah kebaikan yang amat besar apabila melarang perhubungan sebelum pernikahan dan sudah tentu pula ada kemudaratan besar apabila larangan ini dilanggar.

Perkahwinan yang sah adalah untuk melahirkan keturunan yang sah dan mengelakkan daripada melahirkan keturunan yang rosak disebabkan kelahiran tanpa pernikahan yang sah. Hikmah inilah juga yang tidak dapat dilihat dengan jelas oleh keluarga generasi hari ini. Akibatnya kelahiran tanpa pernikahan yang sah akan melahirkan anak-anak yag tidak sanggup dibela dan dijaga serta dikasihi oleh si perempuan dan lelaki yang sepatutnya menjadi ayah dan ibu. Akhirnya si anak yang tidak berdosa dibuang merata-rata didalam longkang, digantung dipagar masjid dan surau dan lain-lain. Kalau dalam perkahwinan yang sah, kelahiran si anak cukup dinanti-nantikan. Tetapi dalam kes kelahiran diluar pernikahan inilah maka terjadinya kes pembuangan bayi kerana si ibu tidak mahu menanggung malu mempunyai anak tanpa bapa dan si lelaki sudah tentulah tidak mahu bertanggungjawab. Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita menyayat hati pembuangan bayi ini. Apakah pasangan-pasangan muda hari ini tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku. Apakah masih lagi mahu melakukan maksiat dan sanggup terus melakukan hubungan terlarang.


Kadangkala penulis merasakan bahawa sesetengah manusia itu cukup susah hendak berubah dan insaf. Ada yang hanya dengan membaca berita-berita dan mendengar cerita-cerita sahaja sudah boleh insaf, ada yang dengan melihat gambar-gambar bayi-bayi yang dibuang itu maka datanglah keinsafan. Barangkali ada yang lebih daripada itu hanya apabila sudah hamil barulah hendak insaf ataupun apabila sudah dibuang bayi barulah datang keinsafan.
 Satu lagi hikmah perkahwinan adalah bagi membentuk keluarga yang bahagia dan mendatangkan sikap bertanggungjawab  antara suami dan isteri. Kebahagiaan rumahtangga hanya akan datang  apabila suami dan isteri melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sempurna. Hikmah inilah yang tidak muncul-muncul terutamanya kepada pasangan-pasangan generasi muda yang berkahwin hari ini dengan melihat bilangan kes-kes penceraian melibatkan orang muda yang saban tahun meningkat. Adakalanya perkahwinan dijadikan sebab untuk mendidik lelaki dengan perempuan supaya menjadi lebih bertanggungjawab dalam hidup. Penulis merasakan satu kesilapan iaitu perubahan untuk menjadi bertanggungjawab hanya lepas kahwin, bila nak solat?, lepas kahwin, bila nak mula taubat?, lepas kahwin. Akhirnya, perkahwinan tidak juga menjadi sebab memang yang berkahwin itu tidak bertanggungjawab. Jadi bagaimana perkahwinan akan Berjaya?. Sepatutnya perkahwinan dilangsungkan oleh orang yang memang bertanggungjawab. Janganlah mengharap  perubahan akan berlaku selepas berkahwin kalau pasangan yang hendak berkahwin tidak boleh diharap. Selamat 

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH