Saturday, April 2, 2011

AINI PERGI JOGGING TAU.HEHE


Assalamualaikum...
Selamat pagi juga buat semua yang berjaya bangun pagi hari ini. Kalau di ikutkan hati, mahu aje di jejakkan sehingga ke tengah hari tapi tak manis la berbuat begitu kan? Dah la anak dara, nanti memalukan mak je. Tak pernah rasanya kita dengar mak mengajar kita untuk bangun tengah hari malahan di tegah lagi ada la.. Bukan apa, tak elok pun bangun tengah hari ni, sudah diingatkan oleh agama kita lagi. Sekiranya kita mengamalkannya musykil nanti kita akan mengalami kemiskinan dan kekafiran dalam hidup ni. Ye la, orang lain sibuk mencari rezeki tapi kita masih lagi di ulit mimpi. Sedih nyer...hehe.

Aini bukan nak membebel sebenarnya, tapi hanya sekadar menasihati diri sendiri ni. Memandangkan aini menulis ni pun hanya suka-suka je, jadi ni la yang aini akan sampaikan. Hujung minggu ni agak sunyi suasananya kerana ramai rakan-rakan aini yang mengambil keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing memandangkan tiada aktiviti yang mahu dilaksanakan di sini. Risau pula minggu depan banyak aktiviti atau test yang telah dirancang oleh pensyarah. Dan dalam masa yang sama, "study week" pun sudah hampir tiba. 

Sedari bangun je tidur pagi tadi, aini rasa begitu bersemangat untuk pergi jogging dengan rakan aini, atirah. Berkobar-kobar dia mengajak aini berjogging minggu ni. Alasannya dia tiada kawan untuk berjogging. Aini apa lagi, tanpa menunggu lama terus bersetuju kerana sudah lama sangat aini tak join rakan-rakan yang lain berjogging. Malas kot dan alasan yang lebih kukuh kerana aini malu apabila terserempak dengan siswa-siswa di kampus ni. 

Oleh yang demikian, aini mencadangkan kepada rakan aini, atirah tu dimana aini hanya akan keluar berjogging awal pagi sedari 6.45am. Kerana pada tika itu, mereka masih belum keluar bilik untuk berjogging. Pada masa itu jugak la aini mengambil peluang untuk berjogging dan menikmati keindahan waktu pagi di jengka ini dengan aman dan tenang sekali. 

Syukur alhamdulillah, seusai sahaja berjogging atirah mengajak aini bermain badminton pula. Aduh..keluhan terkeluar sedikit kerana lelah berjogging masih belum hilang, sudah diajak bermain badminton pula.hehehe. Tapi aini ok, tu pun salah satu hobi aini di petang hari. Kami bermain di gelanggang bola tampar yang berdekatan bangunan kolej siswi. Malangnya kami tidak berkesempatan untuk bermain lama kerana ramai pula pelajar siswa yang melalui susur gajah bersebelahan kolej ini untuk pergi mengikuti program kursus kahwin yang diadakan dalam u aini ni. 

Em, aini masih tak berpeluang untuk turut serta atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. sedih nyer...mungkin masih sampai rezekinya untuk turut sama.. Ok la, aini undur diri dulu ye.. Maaf kalau terkasar bahasa..wassalam..

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH