Monday, March 14, 2011

AINI SAYANG MAK..AINI RINDU MAK..


Assaalamualaikum..
Alhmadulillah setelah lama aini tak berkesempatan untuk menulis di sini, akhirnya hari ini allah memberi sedikit ruang buat aini untuk melakukannya. Cuti hujung minggu rasa terlalu cepat ia berlalu. Dan sedar tidak sedar, hari isnin bertemu kembali.

Jangan ada di antara kita yang merasakan bebannya hari ini...Jangan sesekali ye, kerana kita harus bersyukur dimana allah masih memberi kesempatan untuk kita menghirup udaranya yang di pinjamkan kepada kita entah untuk berapa lama. Mungkin sahaja satu minit dari sekarang ia akan di ambil kembali.. Mungkin juga, satu jam.. 1 hari atau emm tidak tercapai dek akal kita bukan???

Apa yang pasti, bersyukur la dengan setiap kali nikmat yang kita rasakan. Bagi sesiapa yang masih belum membaca doa bangun tidur sedari tadi, masih sempat lagi ni.hehe..serious...sempat.. Ok, mai kita baca sama-sama eh..

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِالنُّشُو 

‘Segala puji bagi Allah, yang membangunkan kami setelah ditidurkanNya dan kepadaNya kami dibangitkan’

Sebenarnya, aini nak cerita tentang mak. Ye, mak aini.. Rindu bertandang lagi sedari bangun saja dari lena. Aini rasa terlalu rindu pada mak. Sebelum aini membuka laptop ini tadi, sempat aini coretkan sebuah essay berkenaan mak aini. Aini teringat yang mana malam nanti di kelas land survey, aini berkemungkinan akan menyampaikan free public speaking. Tiada title khusus yang di tetapkan oleh lecturer aini. Oleh yang demikian, aini bercadang untuk menceritakan tentang mak aini. Deritanya mak menghadapi penyakitnya selama ini. 

Insya-allah, kalau berkesempatan aini akan coretkan di blog aini ini essay simple yang aini buat tu. Hanya sekadar berkongsi apa yang tercatit di hati sanubari ini. 









No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH