Saturday, March 19, 2011

AINI KAGUM DENGAN MEREKA


Assalamualikum dan selamat petang..

Cuaca mendung menemani aini hari ini. Alhamdulillah kesempatan masih lagi berpihak kepada kita. Sedar tidak sedar semua ini nikmat allah bukan? Mai kita ambil masa sejenak untuk mengucapkan syukur kita kehadrat Ilahi dengan menadah tangan memohon kepada-Nya. Sesungguhnya allah lebih suka kepada hamba-Nya yang selalu meminta kepada-Nya dan secara tidak langsung ia amat berbeza dengan sikap manusia seperti kita. Cuba kita bayangkan apabila kita di berikan tugasan atau di minta pertolongan oleh orang yang memerlukan, mungkin ada sedikit sungutan yang lahir daripada hati kecil.. Aini sertakan di sini doa ringkas untuk kita sama-sama amalkan. Insya-allah  

 بسم الله الرحمن الرحيم
  
أَمْسَيْنَـا وَ أَمْسِى المُلْكُ للهِ وَ الحَمْدُ للهِ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ. اللّـهُـمَّ اِنَِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هـذِهِ اللَّيْلِ وَ خَيْرِ مَا فِيْهَا وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَا وَ شَرِّ مَا فِيْهَا. اللّهُـمَّ اِنِّيْ أَعْذُ بِكَ مِن َ الكَسَل ِ و َ الهَرَمِ وَ سُوْء ِ الكِبَرِوَ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَ عَذَابِ القَبْرِ.  

Ertinya : Kami telah mendapatkan petang, dan jadilah kekuasaan dan segala puji hanya milik Allah, tidak ada sekutu bagi-nya. Ya Allah ! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikkan malam ini serta kebaikkan yang ada padanya dan aku berlindung dengan yang terdapat padanya dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang terdapat padanya. Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari malas, tua bangka, dan dari keburukan perlakuan dan dari gangguan dunia dan azab qubur.

Baiklah, aini menulis kali ini bukan mahu menceritakan apa-apa kerana aini sendiri tidak tahu apa yang mahu aini tuliskan. Jadi, apa yang terlintas sahajalah yang mampu aini muatkan. Mungkin ada yang tertanya apa motifnya aini meletakkan gambar di atas dalam entry aini kali ini. Em..hehe. sebenarnya aini kagum dengan wanita yang memakai purdah. Serious..kagum sangat. Tidak kiralah dimana mereka berada,mereka membawa imej wanita islam yang sejati. Dalam masa yang sama, mereka menahan diri daripada melakukan perkara yang di larang oleh allah kerana apa yang mereka fikirkan, sekiranya sekali mereka membuat perkara yang di larang, berkejar-kejar individu di luar sana yang mahu mencari silap mereka. Kenapa? Kerana dunia ini kelihatan semuanya terbalik. Dunia terbalik??? Bukan maksud aini terbalik tu seperti manusia berjalan menggunakan tangan, atau bintang dan bulan berada didaratan malah air berada diawangan.  

Jangan confius ea.. terbalik yang aini maksudkan adalah hari ini atau dewasa ini, orang yang melakukan perkara baik akan dianggap begitu pelik malahan mereka yang melakukan kejahilan pula akan dipandang mulia. Nauzubillah..Semoga kita diberikan perlindungan daripada Allah dari segala perbuatan yang terkutuk..Amin..



 


No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH