Wednesday, March 9, 2011

HARI KE 10 NAZARKU



Ya allah enaknya masakan ini kan..hehe. Alhamdulillah, sampai juga ke hari terakhir aini melaksanakan puasa nazar aini. Sesungguhnya allah maha kuasa atas segala-galanya. Dengar sahaja nazar aini sebanyak 10 hari, ramai yang beranggapan ia berat untuk dilaksanakan, tapi syukur aini kehadrat ilahi kerana sepanjang aini melaksanakan puasa tersebut jarang sekali aini merasakan letih yang melampau. Kebanyakan hari yang aini lalui penuh dengan semangat malahan aini lebih aktif untuk kehulur dan kehilir.


Untuk pengetahuan kalian juga, sepanjang aini berpuasa ini rezeki yang hadir kepada aini berlimpah kali ganda. Itu tandanya allah maha pemberi rezeki buat hamba-hambaNya. Pada hari pertama aini berpuasa, rakan baik aini telah pun belanja aini makanan berbuka pada hari tersebut. Seterusnya, dalam hari kedua atau ketiga kalau aini tidak silap, kami menerima rezeki lagi dimana seorang lagi sahabat aini telah siap menyediakan juadah berbuka untuk aini. Ya allah, hanya pada-Mu aku bersyukur atas setipa nikmat dan rahmat-Mu. Hanya Engkau juga yang layak membalas jasa baik hamba-hamba-Mu yang berbuat baik terhadap diriku. Itulah doa yang mampu aini panjatkan buat Ilahi atas jasa baik sahabat-sahabat aini.


Amboi-amboi, enaknya makanan yang terhidang.. Bila agaknya aini bisa memasak masakan seenak ini ea?? Mungkin buat hidangan ibu ayah aini, dan mungkin juga buat suami aini kelak.. Insya-allah...Semoga berjumpa lagi di kesempatan akan datang.. Daaaa....

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH