Friday, March 18, 2011

SEDIH BERTANDANG LAGI SAAT INI


Assalamualaikum dan selamat malam.

Alhamdullilah, allah masih memberi kesempatan untuk aini berada di ruangan yang aini rindu-rindukan ini. Sehari tidak menjenguk, bagaikan resah yang kian lama aini tanggung. Seriously, aini rindu untuk sentiasa berada di sini. Tapi ini mungkin ujian buat aini agar lebih tenang dalam menerima qada' dan qadarnya..

Aini bahagia bersama sahabat-sahabat aini yang sentiasa memberi kekuatan untuk aini menjalani kehidupan ini dengan tenang dan aman. Walau indah mana sekalipun kehidupan ini, pasti masih sukar untuk kita memuaskan hati semua. 

Sahabat.. aini memohon maaf atas segala salah silap aini sepanjang kalian mengenali aini. Aini cuba untuk jadi yang terbaik tapi aini terima bahawa aini tidak mampu melakukannya. Hanya allah tempat aini memohon keampunan atas keterlanjuran sikap aini terhadap kalian. Inilah diri aini yang sebenar, moga allah sentiasa memberi kekuatan buat kita untuk terus berjihad di atas dunia pinjamannya ini.. amin..

Aini mohon keampuanan daripada kalian.. 


No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH