Wednesday, March 9, 2011

MAJLIS MAKAM MALAM DPIM- PRA GRADUAN


Em, lama dah aini nak post gambar-gambar dinner aini ni. Bukan nak tunjuk-tunjuk tapi sekadar tatapan buat sahabat-sahabat aini tika mana kami berpisah suatu hari nanti. Detik yang kami lalui bersama hari belum pasti dapat kami alami buat masa akan datang. Hehe, sedih pulak rasanya tapi aini tak nak la mulakan topik aini hari ini dengan hal-hal yang menyentuh hati. Ok, mai kita jenguk apa agaknya yang dah berlaku sepanjang malam yang penuh gilang-gemilang ini.

Kalau suatu ketika dahulu kami yang mengendalikan majlis makan malam ini, tapi kini tibalah giliran junior aini pulak yang melaksanakan majlis yang sentiasa di nanti-nantikan oleh setiap pelajar DPIM malah tidak ketinggalan jugak para pensyarah kami yang cantik dan tampan-tampan belaka itu.

Seperti yang tertera dalam kad jemputan yang aini paparkan diatas, majlis ini telah berlangsung pada malam sabtu yang lepas di Dewan Serbaguna UiTM Pahang atau di kenali guna dengan nama popularnya iaitu Dewan Sejuk Giler..hehe

Seronoknya bukan kepalang, memandangkan mungkin ini dinner yang terakhir aini di UiTM, aini dan rakan-rakan tidak mahu ketinggalan untuk menghabiskan masa kami dengan bergambar bersama. Sayu hati bila memgimbas kembali gambar-gambar yang telah di ambil pada malam itu. Kenapa?? Em..tak tahu la, mungkin jawapan itu hanya bisa tersumat di hati sanubari aini sahaja. Jangan marah ea..hehe.

Baik la, setelah meminta izin daripada rakan-rakan aini untuk mengepost gambar-gambar mereka di dalam blog aini, alhamdulillah dan insya-allah aini akan melakukannya setelah selesai aini menyiapkan post buat kali ini.

Sekadar berkongsi dan menghiasa laman blog aini.. 

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH