Wednesday, January 26, 2011

APA YANG KITA RASAKAN SEKARANG?

Apabila di lihat kepada tajuk diatas, pasti ada yang mula berfikir apa sebenarnya yang kita rasakan sekarang..Maksud aini, tika saat ini.Semuanya itu mudah bertukar-tukar bukan? Perasaan itu subjektif, terlalu luas untuk kita bincangkan. Tapi hati kita sendiri pasti ada jawapan bagi soalan tersebut kerana hanya hatilah yang mengetahui perkara yang lebih menonjol untuk kita selalu selami. Tika ini perasaan yang wujud dalam diri aini adalah mampukah aini menjadi seorang kawan yang baik kepada sahabat-sahabat yang lain. Jika mampu..Bagaimana caranya? Jika tidak? Kenapa pula sebabnya? Bukan mudah sebenarnya untuk kita mengaplikasikan erti sebenar sahabat sejati..Teringat pula pada tiap bait-bait kata dalam lirik lagu sahabat sejati nyanyian UNIC. Kita rehat sebentar untuk sama-sama menghayati setiap yang tercalit dalam perenggan lirik tersebut.

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Masya-allah, sedih bukan kalau hati ini hancur dek kerana persahabatan. 
Tapi semua itu bukan kita yang pinda. Mungkin kita sudah sedaya upaya berusaha untuk menjadi seorang sahabat yang baik disamping rakan-rakan kita. Kita jadi pendengar yang setia kepada mereka, kita jaga perasaan mereka, kita amati masalah yang mereka alami dan lantas dengan itu kita cuba selami serta menyelesaikan masalah yang tiba itu dengan sedaya mapu kita. Tapi itu masih belum cukup berkesan buat kita. Kenapa? Dimana jawapannya? 
Itu suratan buat kita. Semuanya telah dirancang oleh allah kepada hambanya untuk kita beljar erti sebenar sebuah persahabatan. Persahabatan bukan mudah untuk kita bawakan kepuncak yang teragung. Tidak mustahil juga, persahabatan yang telah berpuluh-puluh tahun terjalin,kian nipis dek kerana sesuatu ujian yang diturunkan oleh Yang Maha Esa. Pasrah la kita atas takdir yang telah ditentukan ini agar kita semakin kuat untuk mengharungi liku-liku yang kian mendatang.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH