Monday, January 17, 2011

Cemburu membunuh satu ikatan persahabatan yang murni

Secara lazimnya, manusia tidak pernah lari daripada sikap cemburu yang lahir secara semulajadi dalam hidup ini. Apa yang membazakannya adalah cara kita untuk mengatasi cemburu yang hadir itu agar kita sentiasa waras dalam setiap perlakuan yang kita lakukan sepanjang hari mahupun kehidupan. Sinonimnya, cemburu boleh dikategorikan kepada dua perkara subjektif yang bisa membangun dan juga meruntuhkan seseorang individu. Pengalaman.. mengajar aku erti sebenar cemburu itu. dimana aku gagal dalam persahabatan dek kerana cemburu aku selama ini. Tapi aku bersyukur kerana allah masih di samping ku walau apa juga yang terjadi. Luka dihati di ubat dengan zikrullah dan mengadu kepada yang Maha Esa. Ingatlah teman-teman cemburu sebenarnya mengajar kita mengawal emosi kearah yang positif. Jangan sesekali kita tunduk kepada cemburu buta yang mensia-siakan. Yakinlah kepada sahabat mahupun pasangan kalian selagi kalian mampu. Tanamkan dihati, sikap percaya yang tinggi agar pedih yang dirasa mungkin surat dek lambungan ombak yang menderu.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH