Friday, January 21, 2011

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

Ya allah, benarlah bahawa masa berlalu begitu pantas sekali. Tanpa kita sedari yang dahulunya isnin kini muncul pula jumaat. Lumrah kehidupan begitulah kan. Semoga kita diberikan kesempatan untuk beramal kepada-Nya sepanjang usia kita agar tidak akan timbul kekesalan yang amat memedihkan di hari kemudian. Alhamdulillah, hari ini aini telah pun menghadiri satu "Roadshow Model Ekonomi Baru" yang telah di anjurkan oleh pihak universiti dimana tempat aini menuntut ilmu sekarang yang bertujuan utama untuk menyedarkan kita anak melayu ini agar berlari mengejar arus permodelan ekonomi agar kita seiring dengan bangsa, agama dan negara lain.Tapi apa yang aini kesalkan disini bahawa kesedaran dalam masyarakat melayu itu sendiri masih tipis kalau mahu di bandingkan dengan bangsa atau negara lain. Persoalannya sekarang, betapa lama lagikah kita mampu bertahan agar segala kelebihan yang kita acapi sekarang ini akan terus menjadi hak milik kita. Adakah itu sudah pun terbayang oleh manusia di kalangan kita sendiri ataupun ia hanya gurauan yang menjadi bahan tawaan kepada semua. Takut.. Takut juga kalau semua itu dirampas oleh pihak yang lebih menonjol daripada kita sendiri. Mahu salahkan siapa? Em..tiada pihak yang patut kita tudingkan jari ini melainkan kepada diri kita sendiri. Renung-renungkanlah betapa pentingnya peranan setiap individu diantara kita dalam usaha mencorakkan hala tuju masa depan kita. Insya-allah semoga segala urusan kita, hak kita, dan kepentingan bagi kita sentiasa dipelihara oleh Yang Maha Kuasa. Wallahua'alam

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH