Wednesday, January 26, 2011

BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH.

Kehidupan sememangnya tidak akan lari daripada melakukan dosa dan kesalahan sama ada yang kecil mahupun sebesar-besar kesalahan. Cara yang terbaik untuk kita merubah diri kita adalah dengan cara memaafkan setiap kesalahan lalu itu dengan disertakan sedikit sesi muhasabah diri. Hidup ini memerlukan pengertian dan pemahaman yang telita daripada empunya diri. Siapa lagi yang bisa memahami setiap kehendak dan perlakuan kita kalau bukan diri kita sendiri?

Kesalahan itu boleh datang dan pergi tanpa kita minta. Tidak mustahil juga ia akan datang diluar kesedaran kita sendiri. Sesungguhnya allah maha berkuasa ke atas setiap sesuatu dan kita sebagai manusia harus belajar erti redha dan pasrah. Tapi ingatlah teman, bahawa setiap yang telah terjadi masih boleh kita perbetulkan dengan apa cara sekalipun. Islam mengajar kita erti kemaafan. Pintu taubat juga masih terbuka bagi insan yang bertemu jalan taubat tersebut.Taubat nasuha itu yang terbaik buat kita. Kemudian, sentiasa lah kita memujuk diri ini agar memegang kepada setiap yang baik dan cubalah sedaya upaya menghindari setiap apa yang kita fikir salah dan harus kita jauhi. Insya-allah, aini menulis untuk menasihati diri ini agar tidak terus leka dek di bawa arus kemodenan.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH