Thursday, January 20, 2011

BELAJAR ? SERONOK KER ?

Pejam celik, pejam celik, sudah 3 minggu aini menjalani kuliah dan ada juga diselangi dengan praktikal ringkas.Bagi anda yang tertanya seronok kah belajar tu..Di sini aini rasa ramai yang sudah punyai jawapan bagi soalan tersebut. Seronok bercampur letih, dan kadang-kala juga memeningkan. Tapi, itu perkara biasa dalam diri seorang manusia kerana hidup ibarat roda. Baru lah bercorak sikit hari-hari yang kita hadapi kini. Mungkin ada yang di luar sana menyatakan bahawa semua pekerjaan juga begitu bukan, tapi kali ini aini hanya memfokuskan topik ini kepada perasaan pelajar. Aini percaya dan yakin bahawa semua di antara kita pernah menjadi dan bergelar pelajar.. Tak kisah la di sekolah mana sekalipun, di universiti mana sekalipun malah ada juga yang belajar tapi tidak di mana-mana institusi pengajian yang formal. Sudah diingatkan kepada manusia ini oleh rasullulah, bahawa kita akan belajar sehingga ke liang lahat sekalipun. Di saat ajal sudah kita temui, akan diajarkan kepada kita bagaimana caranya untuk kita berhadapan dengan malaikat yang akan menyoal kita di alam kubur kelak. Mungkin di dunia ini kita terlalu taksub kepada pembelajaran yang kita rasa begitu seronok, kenapa? Kerana semua kemuadahan sudah pun tersedia di depan mata. tetapi, mungkin kah kita akan menyatakan bahawa pembelajaran di alam kubur kelak begitu? Penuh dengan ketakutan. Di dunia kita petah berbicara sehingga menjuarai pelbagai pertandingan bahas, pantun, syair, dan sebagainya, tapi ingatlah bahawa di suatu ketika itu nanti, kita tidak lagi akan bergantung harap kepada bakat yang dipinjamkan oleh allah itu..
Aini menulis hanya sekadar mengisi masa lapang dan aini ingin menasihati diri aini yang terlalu kerdil di hadapan allah yang maha kuasa . Semoga kita sama-sama di berikan hidayah oleh allah untuk terus menghayati islam agama mulia ini..Insya-allah..Amin..

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH