Wednesday, January 19, 2011

HARI INI...

Alhamdulillah, kini aini rasakan mendung tidak lagi berpanjangan dalam hidup ini.Awan gelap yang tadinya menutupi hari, kian berarak dek dibawa angin. Aini percaya bahawa awan tersebut hanya mahu memberi aini sedikit teduhan dek panas mentari agar aini muncul dengan kekuatan yang baru. Andaian demi andaian telah aini buat sebelum semua jawapan akhirnya ketemu. Akhirnya mentari muncul kembali. Walaupun aini masih tidak mengetahui sejauh mana mentari ini bisa bertahan menyinari diari sanubari ini. Aini mulai redha dan belajar untuk terima segala-galanya dengan tenang dan pasrah. Semuanya lillahita'ala. Ketabahan telah aini perolehi sedikit sebanyak melalui pengalaman yang bertubi-tubi selam ini. Aini yakin, Allah hanya mahu mengiji sejauh mana ketulusan hati ini dalam meniliti dunia untuk yang lebih abadi. Syukran ya allah..

Ya allah, semoga Kau meyinari hidupku dengan taufiq dan hidayah-Mu hingga ke akhir hayat ku..amin..

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH