Tuesday, January 25, 2011

KELIRU

Perasaan yang kian membuak dalam diri ini membuatkan aini rasa hidup ini penuh dengan duri di setiap persimpangan jalan. Hati ini mula dan asyik bertanya, adakah semua ini dugaan atau perasaan semata-mata. Dunia kini hanya memandang kepada realiti luaran sahaja. Yang lebih menonjol itulah yang akan menjadi perhatian kepada semua. Adilkah jika situasi ini terus berlanjutan dalam dilema dewasa ini. Mungkin perasaan gembira akan menjadi milik yang bertuah, tapi pernahkah kita berfikir atau terfikir, bagaimana pula perasaan bagi insan yang tidak bertuah itu. Hidup ini memang ibarat roda, sukar untuk kita tafsirkan bila dan dimana kita akan di atas. Dan bila serta dimana pula kita akan berada di bawah. Secara logiknya, memang la roda yang menjadi perumpamaan itu akan sentiasa berputar tetapi ingatkan kita bahawa ia akan berputar tika mana ada insan yang mengayuhkannya sahaja. Apabila kayuhan dihentikan, pasti situasi itu jua akan terhenti tanpa memikirkan dibawahkah beradanya kita pada saat itu. Di atas? Di bawah? Mahupun di tengah-tengah. Dan pada ketika ini juga lah, aini mahu anda semua berfikir, tahukah kita bahawa bila mana si pengayuh akan berhenti mengayuh untuk berehat Tempohnya sekejap atau pun lama? Sedih bukan sekiranya kita yang mengalami semua yang duka itu. Tapi ingatlah teman-teman bahawa semua itu hanya sementara, dan itu juga tandanya allah masih sayangkan kita. Peringatan demi peringatan yang di lemparkan kepada kita agar kita sentiasa berada di jalan yang benar. Mungkin kita tidak sedar semua itu datangnya daripada allah, tapi itulah hakikatnya kehidupan ini. Semoga kita diberikan hati yang mantap untuk terus bertahan dengan setiap ujian yang mendatang dan hati ini sentiasa dipelihara daripada melakukan kekhilafan.Wallahua'alam.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Add

TENGOK-TENGOKLAH